Pasangan Gay dipukul, Numan Afifi Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Berang!
11:12 Dec 27, 2018  |  By SabahKini2
Pasangan Gay dipukul, Numan Afifi Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Berang!

Menurut Numan Afifi, kejadian berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditularkan di media sosial merupakan satu bentuk keganasan kebencian kepada gay dan perlu disiasat.

 

Video pasangan gay  dalam kereta ditangkap

KUALA LUMPUR- Bekas Pegawai Khas Menteri Belia Syed Saddig Gay, Numan Afifi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian dua lelaki gay dipukul kerana didakwa melakukan hubungan sejenis di dalam kereta.

Menurut Numan Afifi, kejadian berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditularkan di media sosial merupakan satu bentuk keganasan kebencian dan perlu disiasat.

"Kami menerima laporan yang tidak disahkan mengenai video tular dua pemuda telah dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa melakukan seks sejenis.

"Kami mengutuk keganasan anti-gay ini dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat jenayah kebencian ini. Cukup-cukuplah," kata Numan Afifi dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu dua lelaki kelihatan dipaksa memakai baju dan diminta keluar daripada kenderaan.

Kedua-dua mereka kemudiaan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang meminta mereka keluar dari kenderaan tersebut.

"Jika sesiapa yang mengenali mangsa, tolong beritahu mereka bahawa kami di sini mahu memberi sokongan. Kita perlu berdiri menentang sebarang bentuk ketidakadilan," kata Numan Afifi.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian.

Numan Afifi yang sebelum ini kontroversi di pejabat Menteri Belia dan Sukan kerana pengakuan beliau sebagai Gay serta majlis iftar gay menyebabkan dikecam oleh netizen. Akhirnya Numan dipecat sebagai Pegawai Khas. 

 

Info grafik- Media Sosial

 

 

26 Comments