Guan Eng Mengaku 'Tak Mampu' mansuh, hanya mampu beku kenaikan kadar tol
02:12 Dec 28, 2018  |  By SabahKini2
Guan Eng Mengaku 'Tak Mampu' mansuh, hanya mampu beku kenaikan kadar tol

[VIDEO] Lim Guan Eng 'U-Turn' lagi. Selepas berpuluh tahun menyerang BN dan berjanji mahu memansuhkan tol termasuk dalam kempen PRU14 lalu akhirnya Lim Guan Eng dan Kerajaan PH hanya mampu mengumumkan tiada kenaikan kadar tol satu 'langkah biasa'.

Janji Lim Guan Eng sebelum ini mansuh tol jika ada kuasa. Sekarang dah ada kuasa hanya mampu beku tol sebagaimana sebelum ini

PUTRAJAYA: Lim Guan Eng 'U-Turn' lagi. Selepas berpuluh tahun menyerang BN dan berjanji mahu memansuhkan tol termasuk dalam kempen PRU14 lalu akhirnya Lim Guan Eng dan Kerajaan PH hanya mampu memutuskan 'langkah biasa' kerajaan terdahulu iaitu mengumumkan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara tahun depan.



Video hapus tol Tony Pua

Kempen PH hapus Tol sebelum ini. Selepas jadi Menteri mereka gagal

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan berjumlah RM994.43 juta. Kerajaan sebelum ini pun jika membekukan tol tetap membabitkan implikasi kewangan beratus juta.

Beliau berkata, Kabinet pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada 2019.

“Ia adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November lalu yang hanya membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar saja untuk tahun depan.

“Implikasi kewangan itu membabitkan pembekuan kenaikan kadar tol merangkumi 21 lebuh raya; kadar tol bagi bas di lapan lebuh raya berasingan dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, pembekuan komprehensif itu berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup rakyat. Kemampuan setakat ini hanya membeku bukan 'memansuhkan' tol sebagaimana seruannya sebelum PRU14 lalu. 

Beliau berkata, kerajaan menganggarkan pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya membabitkan kos bayaran pampasan sekitar RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

“Manakala, pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Lebuhraya Laluan Kedua di Johor pula membabitkan bayaran pampasan sebanyak RM20 juta setahun,” katanya.

Reaksi netizen dalam media sosial tindakan kerajaan itu sekali lagi membuktikan Kerajaan PH 'U-turn' lagi. Kaedah membeku bukan luar biasa bukan benda baru.

"Tak naik tol tu normal. Yang tak normalnya bila berpuluh tahun kau perjuangkan mansuh tol. Keluar dengan pelbagai hujah dan formula. Tapi lepas menang dengan muka tak bersalah kau umum Tiada Kenaikan TOL". kata seorang pengguna facebook Jayy Hardy yang komennya tular dalam laman facebook.

Malah terdapat netizen menunjukkan fakta ketika Najib sebagai PM 9 tahun lalu 8 plaza tol termasuk 4 yang baru ditutup. Kerajaan PH yang berjanji pula tidak mampu melakukannya.

 
Kredit Infografik- Media Sosial

3 Comments