Hanya 54 peratus iaitu 1,356 hadir berbanding 2514 perwakilan CEC tahun 2013. YB Prof Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disingkirkan dengan hanya undi 359 sahaja. Karpal Singh yang telah mati pun mendapat 43 undi lebih tinggi dari wakil Melayu
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekalkan jawatannya sebagai setiausaha agung DAP selepas parti itu mengadakan pemilihan semua anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) di Shah Alam hari ini. Bagaimanapun undi Lim Guan Eng menurun 1,304 tahun 2013 kepada 1,180
Anggota Parlimen (MP) Cheras Tan Kok Wai pula dilantik sebagai pengerusi menggantikan Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 17 April 2014.
Sejak kematian Karpal Tan dilantik memangku jawatan berkenaan oleh DAP.
Dalam pemilihan semula yang diadakan ekoran arahan dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 7 Julai lalu.
Lim Kit Siang 1,199 undi berbanding 1,436 tahun 2013 dan anak Karpal, Gobind Singh Deo (1,198 undi).
Gobind - sebelum ini bertugas sebagai ketua biro undang-undang - turut dilantik sebagai timbalan pengerusi DAP.
MP Seremban Anthony Loke sekali lagi diberi kepercayaan sebagai setiausaha organisasi, manakala MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun kembali menjadi bendahari.
Tony Pua (Petaling Jaya Selatan) pula meneruskan tugasnya sebagai setiausaha publisiti, Liew Chin Tong (Kluang) menjadi pengarah pendidikan politik dan Kit Siang (Gelang Patah) ketua MP DAP.
MP Kulai, Teo Nie Ching, bagaimanapun bertukar jawatan daripada penolong setiausaha publisiti menjadi setiausaha antarabangsa bagi menggantikan V Sivakumar (Batu Gajah).
Pemilihan semula anggota CEC itu diadakan selepas ROS mendapati senarai perwakilan yang digunakan DAP pada pemilihan 2013 sebagai tidak sah.
Asalnya pemilihan CEC itu diadakan pada 2012 namun berlaku kesilapan teknilal ketika ia berlangsung.
DAP kemudian secara sukarela membuat pemilihan semula pada 2013. Semua pemimpin yang dilantik menjalankan tugas seperti biasa sehinggalah ROS membuat ketetapan baru pada 7 Julai lalu.
Pemililhan kali ini tetap tidak memilih wakil Melayu. Zairil Khir Johari walau menang tetapi hanya mendapat undi 649 berbanding 1,132 tahun 2013. Senator DAP Melayu Prof Dr Ariffin S.M Omar hanya mendapat undi 171 sahaja. Veteran DAP Ahmad Ton (168), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (456), Sulaiman Syed Ibrahim (27), Zulkifli Mohd. Noor (11) dan Roseli Abd. Ghani (8).
Sememangnya tidak ada kedudukan tertinggi Melayu dalam DAP. Tunku Abdul Aziz sendiripun akhirnya sedar dan keluar DAP. Namun, Ahmad Ton dan juga calon-calon Melayu DAP yang kalah seperti Prof Dr. Ariffin S.M. Omar, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Syed Ibrahim, Zullkifli Mohd Noor, Roseli Abd. Ghani dan Melayu DAP yang lain, tidak kisah terus diperalatkan. Seorang wakil melayu bertaraf senator pun hanya mampu mendapat 171 undi.
Menurut Zulkifli Mohd Noor bekas Timbalan Pengerusi DAP kepimpinan DAP, CEC baharu bukti parti itu langsung tidak mengendahkan kepentingan Melayu. "Keputusan CEC DAP baharu ini hanyalah suatu sejarah yang diulang tayang". katanya.
Kehadiran wakil pemilihan CEC juga merosot hanya dalam 54 peratus iaitu 1,356 hadir berbanding 2514 perwakilan CEC tahun 2013. Ini menimbulkan persoalan besar tahap sokongan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng dan keluargnya.
Malah 15 bekas ahli dan pemimpin DAP membuat bantahan terhadap Lim Guan Eng yang bertanding walaupun menghadapi tuduhan rasuah dan pengurusan kesnya akan dilakukan esok (14 November 2017)
Pemilihan CEC kali ini menyaksikan Ronnie Liu kembali ke dalam CEC dan YB Prof Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disingkirkan dengan hanya undi 359 sahaja. Karpal Singh yang telah mati pun mendapat 43 undi.
DAP turut melantik Jannie Lasimbang bekas Pengerusi Bersih 2.0 Sabah yang menyertai DAP mewakili Sabah dalam CEC kali ini. Janie Lasimbang dikatakan bakal bertanding dalam PRU 14 di Parlimen Penampang.
Berikut ialah senarai nama dan jawatan CEC DAP yang baharu:
Pengerusi: Tan Kok Wai
Timbalan Pengerusi: Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi:
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
Penolong Bendahari: Ngeh Koo Ham
Setiausaha Organisasi: Anthony Loke
Penolong:
Setiausaha Publisiti: Tony Pua
Penolong:
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
Penolong: Ong Kian Ming
Setiausaha Antarabangsa: Teo Nie Ching
Ketua MP: Lim Kit Siang
Anggota Jawatankuasa: