Shafie Apdal akan segera didakwa di mahkamah hujung bulan ini?
15:11 Nov 13, 2017  |  By SabahKini2
Shafie Apdal akan segera didakwa di mahkamah hujung bulan ini?

"Kita tunggu lah...jadi orang tertanya-tanya...kalau saya dah bagi tahu, tak saspens...ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah.."- Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KENINGAU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk kes berprofil tinggi di negara ini.

Dzulkifli berkata setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

Menurut sumber, kes Dato’ Seri Shafie Apdal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), adiknya Datuk Yusof dan Haji Hamid serta beberapa orang lagi akan didakwa hujung bulan ini berhubungan kes penyelewengan dana awam RM1.5 bilion itu.

Bagaimanapun ketika ditanya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak memberi butiran lengkap dan meminta semua pihak bersabar.

"Kita tunggu lah...jadi orang tertanya-tanya...kalau saya dah bagi tahu, tak saspens...ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah. Adakah mereka disiasat minggu hadapan atau bagaimana," katanya kepada pemberita sempena Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini pada Ahad.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu.

Menurut Dzulkifli, SPRM merupakan agensi kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan untuk memastikan jentera kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau mengajak rakyat di negara ini khususnya di negeri Sabah supaya bersatu untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan

Shafie Apdal Presiden Parti Warisan direman 8 hari bermula 19 Oktober lalu bersama Datuk Peter Anthony, Azis Jamman dan dua adiknya.

Berang dengan siasatan SPRM terhadapnya Shafie Apdal membangkitkan di parlimen projek Loji Air Sungai Intan Semporna sebagai satu projek yang dibina oleh 'anak buah' Musa Aman walaupun tender projek itu diluluskan oleh Shafie Apdal selaku Menteri KKLW.

Sehubungan itu Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyelar sikap Shafie Apdal yang suka mencampuri urusan siasatan SPRM serta membuat tuduhan liar di dalam Dewan Rakyat untuk mengalih isu. Menurutnya Shafie Apdal sepatutnya lebih bertenang dan membiarkan SPRM melakukan kerja mereka.

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM sedang menyiasat kes berprofil tinggi ini mengesahkan lagi penyiasatan kepada kes Peter Anthony tuntutan palsu RM43 juta UMS, pecah amanah wang RISDA RM 15.5 juta, Kes pengubahan wang haram Zahida Rafik, penyelewengan dana KKLW di Sarawak dan kes-kes lain.

Sabahkini2

Comment