'Sultan Sulu' daftarkan 19,000 penyokongnya sertai Bersatu di Sabah
16:01 Jan 05, 2019  |  By SabahKini2
'Sultan Sulu' daftarkan 19,000 penyokongnya sertai Bersatu di Sabah

Sultan Sulu Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang dahulu penyokong kuat Datuk Seri Shafie Apdal kini bertindak mahu menjadi penaja Parti Bersatu di Sabah. beliau mendakwa mendaftarkan 19,000 penyokongnya..

KOTA KINABALU: Sultan Sulu Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang dahulu penyokong kuat Datuk Seri Shafie Apdal beralih arah kini mahu menjadi pendokong kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah. Akjan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Sabah, mendakwa NGO itu berjaya mendapat 19,000 orang, termasuk 12,000 ahlinya untuk mendaftar sebagai ahli PPBM.

Katanya, semua 150,000 ahli Pekida Sabah dijangka mendaftar sebagai ahli PPBM dalam 6 bulan akan datang.

Walaubagaimanapun Akjan berkata, beliau dan NGO itu memutuskan untuk menyertai PPBM berbanding Warisan kerana tertarik dengan ideologi dan matlamat parti itu yang berdasarkan 5 prinsip Rukun Negara bagi mempromosikan masyarakat adil dan harmoni.

“Kami percaya PPBM yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan berada di kedudukan lebih baik untuk menyatupadukan dan memperkukuhkan kedudukan umat Islam di Sabah.

“Parti itu lebih baik dalam menjaga kepentingan dan memperjuangkan masalah kami.

“Ia juga akan menggalakkan hubungan dan kewujudan lebih baik dengan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, serta membantu membina negara yang harmoni dan progresif.”

Julai tahun lalu Datuk Akjan menggesa kerajaan Warisan memberi kerakyatan kepada ‘anak tanpa negara’.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara ]

'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

Datu Akjan ditabalkan Sultan Sulu dengan Gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II

Selepas tidak begitu mendapat tempat dikalangan parti Warisan yang mungkin akan merosakkan lagi imej Warisan kini Sultan Sulu itu menyokong pula PPBM.

Walaubagaimanapun PPBM setakat ini belum menerima 19,000 permohonan keahlian yang dikatakan ‘Sultan Sulu’ itu.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Kami Kaum Suluk Jadi Penentu Politik Sabah-Datu Mohd Akjan]

 

 

36 Comments