Ahli Parlimen WARISAN Kalabakan dilapor ke SPRM
14:01 Jan 09, 2019  |  By SabahKini2
Ahli Parlimen WARISAN Kalabakan dilapor ke SPRM

Gara-gara pengakuan Ahli Parlimen Kalabakan lantik adik urus projek di parlimen Kalabakan akhirnya beliau dilaporkan ke SPRM.

KOTA KINABALU- Seorang wakil rakyat Parti Warisan Sabah dilapor ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)selepas dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan melantik ahli keluarganya untuk mengendalikan projek di kawasan yang diwakilinya.

Memetik laporan Portal FMT, UMNO Sabah akan membuat laporan polis seterusnya aduan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap ahli parlimen Kalabakan Ma’amun Sulaiman.

Difahamkan Ma’amun telah melantik ahli keluarganya bagi menguruskan projek-projek di kawasannya.

Menurut sumber, adiknya yang juga seorang kontraktor telah dilantik sebagai pegawai khas Ma’amun selepas beliau menang pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Pengarah Komunikasi dan Strategik Umno Sabah, Ghazalie Ansing yang bercakap kepada pemberita terkejut selepas mendengar satu klip audio, di mana Ma’amun mengakui beliau telah melantik abangnya sendiri untuk mengendalikan projek itu.

Pendedahan portal Sabahkini2

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Ahli Parlimen Warisan mengaku lantik adik urus projek Parlimen Kalabakan ]

(VIDEO) Ahli Parlimen Warisan mengaku lantik adik urus projek Parlimen Kalabakan

Ghazalie berkata Umno Sabah tidak bersetuju dengan pendirian Ma’amun mengenai perkara itu. Sebagai ahli parlimen, Ma’amun perlu mendapatkan maklumat, nasihat dan penyelesaian daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

“Umno Sabah memandang serius hal ini kerana wakil rakyat dilihat mempunyai agenda peribadi untuk mengaut keuntungan daripada projek pembangunan di kawasannya,” katanya kepada FMT.

“Umno Sabah akan meminta SPRM untuk membuka kertas penyiasatan dengan segera,” katanya. – FMT

4 Comments