Sidang media Ketua Warisan guna imej palsu 'jet peribadi' memalukan
09:11 Nov 15, 2017  |  By SabahKini2
Sidang media Ketua Warisan guna imej palsu 'jet peribadi' memalukan

"Kami tidak mahu bergantung kepada khabar angin atau berita media sosial yang tidak disahkan,..- Azis Jamman Tapi guna info palsu carian google' jet photos' untuk cipta persepsi

KOTA KINABALU: Sebuah jet peribadi Gulfstream G200 didaftarkan VP-CSA yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menjadi modal politik baru kepada Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan bersama dengan pengikutnya dalam sidang media mereka selasa mendakwa sebagai milik Tan Sri Musa Aman.

Dengan hanya merujuk facebook dimiliki Azizul Hj Tandek bekas Ketua Pemuda Gerakan Kalabakan Azis Jamman mendakwa Musa Aman menggunakan jet peribadi itu turun bersama pembantunya di lapangan terbang Kota Kinabalu. Namun semakan dalam facebook Azizul Hj Tandek kenyataan itu telah dipadam selepas tular.

 Azis Jamman turut mempamerkan cetakan jet yang dia dakwa milik Musa Aman itu. Azis bersama pemimpin muda Warisan mahu Musa Aman menjawab berhubung dakwaan ini.

 "Sekiranya jet itu milik persendirian, maka kami ingin tahu siapa pemiliknya atau milik kerajaan, rakyat perlu tahu siapa yang menggunakannya dan untuk apa tujuannya," kata Azis pada sidang akhbar di sini Selasa .

 Bersamanya dalam sidang media itu Junz Wong, wakil Presiden Parti Warisan yang juga ADUN Likas.

 "Kami tidak mahu bergantung kepada khabar angin atau berita media sosial yang tidak disahkan, tetapi kami merasakan bahawa Musa Aman sebagai penjawat awam mempunyai kewajipan untuk mengesahkan atau menafikan hubungannya dengan jet peribadi itu" kata Azis.

Sidang Media: Mereka ambil info dari seorang individu menggunakan imej google bertanda milik "jet photos' kemudian tidak sahih mereka
katakan milik Tan Sri Musa. Selepas itu mereka mahu pihak yang dituduh menjawab persoalan itu. Amat memalukan


Semakan menunjukkan gambar facebook yang menjadi rujukan Ketua Wira Warisan itu diambil daripada sumber gambar “Jet Photos’ oleh pemilik gambar sebenar Syamill Jusuf. Sejarah penerbangan pesawat jet VP-CSA juga boleh disemak dalam Flightradar24.com.



Infografik: Kredit Page Wa Sengat  Lu

 

VP-CSA didaftarkan atas syarikat Innosky Limited beralamat 69 Great Hampton Street, Birmingham, B18 6EW dan didapati tidak mempunyai kaitan dengan Musa Aman. Menjadi persoalan apa asas bukti Azis Jamman dan Junz Wong tanpa bukti yakin jet peribadi VP-CSA itu milik Musa Aman?

Dalam komen netizen di facebook ramai mempersoalkan mengapa Azis Jamman dan Junz Wong boleh menggunakan info facebook tidak sahih yang diambil dari carian google untuk memfitnah Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah? Apakah mereka sudah terdesak? Malah Azizul Hj Tandek yagn mereka rujuk itu juga telah memadamkan muat turun kenyataan palsunya itu.

Tidak berhenti disitu sahaja sejurus sumber mendedahkan beberapa ‘whatapps group’ Azis Jamman terus memfitnah Ketua Menteri Sabah dengan menghantar info palsu itu untuk mencipta persepsi dan imej buruk kepada Ketua Menteri Sabah.

Ada netizen berpendapat Ketua Menteri Sabah wajar menyaman Dato’ Azis Jamman dan Junz wong ini.

 

 

Comment