55 rumah setinggan Putatan terbakar 315 penghuni hilang tempat tinggal
13:01 Jan 11, 2019  |  By SabahKini2
55 rumah setinggan Putatan terbakar 315 penghuni  hilang tempat tinggal

Kebakaran lagi di Putatan Sabah. Bawah Warisan semua setinggan asyik terbakar sahaja.

KOTA KINABALU-  Kebakaran yang memusnahkan 55 rumah setinggan di Kampung Pasir Putih Putatan dekat sini tengah hari tadi, melibatkan 315 penghuni daripada 74 keluarga.

Kesemua mangsa yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Putatan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, keseluruhan keluasan kawasan kebakaran itu kira-kira empat hektar. 

Laporan kebakaran diterima pada 12.53 tengah hari dan api sukar dikawal disebabkan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat, kata kenyataan itu.

7 Comments