Denda RM5 juta sijil halal palsu, restoran mamak 'menyamar' Islam bagaimana?
02:01 Jan 13, 2019  |  By SabahKini2
Denda RM5 juta  sijil halal palsu, restoran mamak 'menyamar' Islam bagaimana?

Mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda tidak melebihi RM5 juta. Hari ini Restoran mamak menyamar Islam begitu banyak sekali. Papan tanda dan menggantung ayat Al Quran di restoran untuk mengelirukan tetapi milik 'Hindu'.

PUTRAJAYA: Mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda tidak melebihi RM5 juta, jika kesalahan pertama dilakukan suatu pertubuhan perbadanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.

“Jika kesalahan dilakukan bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.”

Nordin berkata, peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti tinggi untuk membangunkan perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini, sementara pengguna hendaklah memilih premis yang mempunyai sijil halal diyakini sah sahaja.

Beliau mengulas laporan Bernama pada 7 Januari lalu berhubung kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas), Ayob Abd Majid yang mencadangkan Jakim mewajibkan pengusaha restoran memiliki sijil halal sebelum beroperasi.

Beliau berkata, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersifat sukarela dan bukan kewajipan bagi pengusaha premis makanan dan ia berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.

Setakat ini, katanya, tiada peraturan mewajibkan mana-mana syarikat mendapatkan SPHM daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua premis makanan memerlukan pandangan pelbagai pihak.”

Nordin menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan mendapatkan sijil halal daripada Jakim bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan disediakan, di samping meningkatkan keyakinan pengguna.

Sejak kebelakangan ini isu restoran bukan milik orang Islam menyamar Islam begitu banyak berlaku. Restoran digantung dengan ayat-ayat Al Quran tetapi pemilik dan pekerja bukan Islam. Malah penyediaan makanan juga sangat kotor. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Silap lapor polis bongkar restoran ‘Islam’ bukan milik muslim ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Restoran ‘mamak’ menyamar Islam tetapi buat upacara sembahyang Hindu ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  KPDNHEP Selangor serbu restoran 'mamak' siang biawak ]

 

 

 

Comment