Artikel 5A Perlembagaan Negeri Sabah Islam Agama Rasmi Apakah Warisan dan STAR berani mansuhkan?-Tan Sri Pandikar Amin
12:11 Nov 15, 2017  |  By SabahKini2
Artikel 5A Perlembagaan Negeri Sabah Islam Agama Rasmi Apakah Warisan dan STAR berani mansuhkan?-Tan Sri Pandikar Amin

“Adakah Parti Warisan akan meminda Artikel 5A dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama negeri Sabah kalau Warisan memerintah negeri Sabah?,” Bagitu juga dengan Dr Jeffrey Kitingan!

TAN Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar pihak yang kononnya berjuang untuk menegakkan hak-hak Sabah membuktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat negeri itu atau ia hanya agenda politik mereka.

Ini termasuk cabaran kepada Parti Warisan sama ada ia akan meminda Artikel 5A, Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama negeri Sabah sekiranya parti itu memerintah Sabah.

Pandikar dalam kenyataan media hari ini, berkata cabaran dan persoalan sama ditujukan kepada Presiden Parti STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang turut mendakwa beliau (Pandikar) memutarbelitkan fakta berhubung Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Cabaran itu, katanya kerana pihak terbabit telah salah tafsir sejarah kemerdekaan pewujudan Malaysia dan perundangan yang berkaitan dengannya untuk menyesuaikan selera dan agenda politik masing-masing.

"Sejak kebelakangan ini, isu hak-hak negeri Sabah dan Sarawak hebat diuar-uarkan oleh mereka yang mempunyai agenda politik masing-masing. Saya terpanggil membuat kenyataan ini atas kapasiti sebagai Sabahan (rakyat Sabah) dan bukan atas kapasiti sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana isu ini amat serius.

“Pihak yang mempergunakan isu ini, membuat kenyataan kononnya atas kehendak dan kemahuan rakyat negeri Sabah, seolah-olah pendapat mereka ini dipersetujui oleh semua rakyat Sabah. Oleh kerana pihak-pihak ini beria-ia untuk menegakkan hak-hak Sabah yang sepertimana kononnya dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963, maka saya mencabar mereka untuk buktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat negeri Sabah,” katanya.

Tegas beliau, cabaran itu berasaskan sepertimana yang dimaklumi umum bahawa sebelum 1976, negeri Sabah tidak mempunyai agama rasmi selari dengan apa yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Bagaimanapun, kata Pandikar, pada tahun 1976, kerajaan USNO telah mengubah keadaan itu dengan meminda Perlembagaan Negeri Sabah dengan memasukkan artikel baharu – Artikel 5A yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri itu.

“Sebelum saya menjawab kenyataan Yang Berhormat Darell Leiking yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan yang disiarkan oleh The Borneo Post hari ini (14 November 2017) , saya mahu Yang Berhormat Darell Leiking menyatakan dengan jelas iaitu :

“Adakah Parti Warisan akan meminda Artikel 5A dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama negeri Sabah kalau Warisan memerintah negeri Sabah?,” katanya sambil menujukan soalan sama kepada Jeffrey Kitingan. –Bernama

 

Comment