Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni?
23:01 Jan 15, 2019  |  By SabahKini2
Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni?

Jika dahulu AP Eksport pasir ke luar negara dikuatkuasa sebagai bahan larangan Jabatan Kastam namun dibuka secara khas. Kini AP eksport diberi pula secara rundingan terus kepada 4 syarikat kroni Menteri Air, Tanah dan Alam Sekitar.

Pada tahun 2017 Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli masih mengekalkan larangan eksport pasir ke luar negara dan atas dasar itu maka pasir masih tersenarai sebagai bahan larangan eksport dalam senarai Jabatan Kastam Malaysia.

Bagaimanapun kabinet memberikan kelulusan khas untuk mengeksport pasir atas alasan mahu mengatasi masalah banjir yang disebabkan longgokan pasir yang berlebihan di muara sungai tertentu.

Terbaru tular surat kelulusan AP Pengeksportan Pasir Sungai ke luar negara kepada 4 syarikat kroni menteri yang ditandatangani oleh Dr Gerald Sundaraj Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli menggunakan ‘Letter Head’ Menteri.

Kandungan surat Setiausaha Sulit Kanan itu menjelaskan pelantikan atas rundingan menteri bersama Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu ingin dimaklumkan hasil rundingan YB Menteri dengan YAB Perdana Menteri telah dipersetujui untuk meluluskan bagi pengeksportan pasir sungai keluar negara bagi empat syarikat..”.

Empat syarikat itu ialah Goldland Capital Sdn Bhd (Kelantan), Polo Specialist Trading Sdn Bhd (Pahang), Legacy Lestari Sdn Bhd dan Asal Jasa Sdn Bhd (Kelantan).

Surat bertarikh 29 November 2018 merupakan satu memo arahan pejabat Menteri melalui SUSK Menteri kepada Ketua Jabatan di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

“Kerjasama daripada pihak tuan untuk melaksanakan arahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapatan terima kasih”.

Menurut sumber syarikat-syarikat kroni Dr Xavier Jayakumar ini telah berjumpa dengan Menteri bagi permohonan AP eksport pasir keluar negara yang sebelum ini dibekukan dan diberikan secara khas sahaja. Perundingan YB Menteri dengan Perdana Menteri secara sulit telah meluluskan AP eksport pasir keluar negara.

Pada tahun 2015 Dr Xavier Jayakumar pernah dikaitkan dengan isu lombong pasir di Selangor. Bagaimanapun isu tersebut senyap hingga kini walaupun aduan telah dibuat kepada SPRM. 

Hari ini Dr Xavier Jayakumar dilantik menjadi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan kini beliau meluluskan 4 AP khas eksport pasir ke luar negara.

 

20 Comments