Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah
15:01 Jan 16, 2019  |  By SabahKini2
Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah

Dikala Kerajaan PH mahu mengkaji semula MA63 tidak bermakna mereka akan memberi apa yang rakyat Sabah Sarawak mahu. Kerana mahu mengawal dan 'membolot' perolehan tender di Sabah maka kuasa perolehan Persekutuan Sabah dibatal!

PUTRAJAYA- Dr Mazlee Malik Menteri Pendidikan benar-benar mahu mengurangkan beban pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri apabila menggunakan kuasanya mengarahkan pembatalan perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan melalui surat KPM 14 Novermber lalu.

 

Pembatalan perwakilan kuasa untuk Sabah dan Sarawak ini ada kaitan usaha Menteri Pendidikan untuk memonopoli perolehan tender bekalan perkhidmatan seperti bekalan makanan bermasak. Kantin sekolah, pengawal keselamatan, tender kerja lain-lain lagi.

Penghujung Disember tahun lalu Kementerian Pendidikan membatalkan 406 tender membabitkan pelbagai perkhidmatan di sekolah seluruh negara termasuk beberapa Kolej Matrikulasi. Pembatalan tender itu membabitkan perkhidmatan membekal makanan bermasak, perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan serta perkhidmatan kawalan keselamatan.

Jika sebelum ini Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa meluluskn tender RM5 juta ke bawah dengan pembatalan ini bermakna semua perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja diputuskan oleh KPM di Putrajaya.

“Pegawai Pengawal (KSU) telah mewakilkan kuasa kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak untuk mempertimbangkan tender kerja dan perkhidmatan yang dilaksanakan Jabatan Pendidikan Sabah/Sarawak yang bernilai RM5 juta da ke bawah.

Walaubagaimanapun berdasarkan surat Kementerian Kewangan  (MOF) bertarikh 29 Jun 2018 menyebut, bagi projek di Sabah dan Sarawak Pegawai Pengawal mempunyai pilihan sama ada untuk membuat pertimbangan dan keputusan di peringkat Lembaga Perolehann Kementerian yang menyalurkan peruntukan tersebut atau di Lembaga Persekutuan Sabah/ Sarawak (LPPS)”.

Seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang tidak mahu namanya disiarkan berkata adalah pelik dan luar biasa Menteri Pendidikan ini kerana berani membuat pembatalan perwakila kuasa ditengah-tengah rakyat Sabah menuntut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“semuanya gara-gara kerana mahu memutuskan sendiri di Putrajaya tender bekalan dan perkhidmatan di Sabah”. katanya

Sebelum ini sudah terdengar desas-desus tentang arahan Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan digerakkan oleh pegawainya bagi menguruskan urusan tender projek di semua negeri dan sekolah.

Sumber pejabat Ketua Menteri Sabah berkata surat arahan pembatalan kuasa ini sampai ke pengetahuan Datuk Shafie Aodal yang menyebabkan beliau berang dengan arahan ini dan berhubung dengan putrajaya bagi membatalkan arahan ini.

Sumber KPM berkata selepas bantahan Kerajaan Negeri Sabah surat KPM itu ditarik balik namun statusnya tidak diketahuai kerana belum didedahkan media secara rasmi.

Netizen Sabah melihat ini satu perangai buruk seakan mengukuhkan persepsi ‘Malaya menjajah Sabah’. Hak dalam MA 63 pun belum ditunaikan tetapi kuasa melaksana projek RM5 juta pun dirampas semula.

Bagaimanapun pembatalan kuasa negeri mungkin ada kaitan dengan gejala rasuah di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan perolehan negeri yang memudahkan urusan kontraktor walaupun terdapat kalangan kontraktor menipu akaun bank atau memberi rasuah kepada pegawai.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan 25 individu tipu tender Jabatan Pendidikan Sabah ]

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob pastinya tidak bersetuju jika kuasa perolehan negeri diambil oleh Putrajaya. Ia akan menyukarkan untuk kerajaan negeri mencampuri urusan perolehan seperti membekal makanan, pembersihan, keselamatan dan lain-lain lagi. 

Saling 'Mengencing' antara satu sama lain

 

31 Comments