Pengerusi Felcra disyor Teresa Kok DAP tersalah lantik Ahli Lembaga Pengarah
22:02 Feb 12, 2019  |  By SabahKini2
Pengerusi Felcra disyor Teresa Kok DAP tersalah lantik  Ahli Lembaga Pengarah

Datuk Nageeb Pengerusi Felcra dikatakan dilantik atas restu Teresa Kok DAP. Mengejutkan sebulan menjadi Pengerusi beliau melantik Datuk Maznah Jalil adik ipar kepada Azizah Abod dan makcik kepada Datuk Shahrol Azral bekas CEO 1MDB.Restu DAP?

27 September 2018 Kerajaan PH mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Nageeb Wahab sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Okt 2018.

Menurut sumber pelantikan Nageeb adalah atas syor pemimpin kanan DAP, Teresa Kok Menteri Industri Utama.

Pelantikan itu kononnya atas dasar pengalaman Nageeb walaupun Nageeb sebelum ini hanya berstatus Naib Presiden Kanan dan Ketua Perladangan Malaysia di Sime Darby Plantation Berhad bukanlah dari CEO mana-mana GLC kerajaan.

"Mohd Nageeb mempunyai pengalaman 39 tahun dalam bidang perladangan, industri getah dan sawit," melalui kenyataan kerajaan PH sebelum ini.

Nageeb yang rapat dengan Teresa Kok merupakan wakil Malaysia dalam Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan CEO MPOA. Bagi memudahkan kerja-kerja Teresa Kok berkait kelapa sawit dan getah maka beliau perlu menghantar agen dalamannya ke Felcra. Oleh itu syor beliau menggunakan Nageeb diterima oleh Perdana Menteri Malaysia.

Pelantikan Lembaga Pengarah Felcra baharu

Nageeb bangga mengumumkan sahabat baiknya Datuk Maznah Jalil Ahli Lembaga Pengarah FELCRA

 

Maznah dan Salem Kailany yang kontroversi

Hanya dalam tempoh sebulan Nageeb Pengerusi Felcra telah melantik 3 Ahli Lembaga Pengarah baharu Felcra iaitu Datuk Maznah Abdul Jalil, Dr Suzana Idayu Wati Osman dan Mohd Salem Kailany.

Sangat memeranjatkan bagaimana Datuk Maznah Jalil proksi kepada Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program PERMATA Negara yang juga Pegawai Khas utama Rosmah Mansur boleh dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra. Bukan itu sahaja mempunyai pertalian keluarga apabila suami Datuk Maznah Jalil adalah adik kepada Azizah Abod.

Pencapaian Datuk Maznah dalam pelantikan Lembaga Pengarah Felcra dicatatkan sebagai Pengerusi SCS Global Advisory (M) Sdn Bhd, ahli lembaga OPUS Asset Management Sdn Bhd dan Prestariang Bhd.

 

Bagaimanapun kegagalan beliau dalam syarikat Sona Petroleum Bhd (Syarikat SPV) di senaraikan 30 Julai 2013 di Bursa Saham dan akhirnya lingkup apabila diumumkan Sona Petroleum Bhd disingkir dari Bursa Saham tidak pula diceritakan.

Sona Petroleum Bhd sebelum ini dilaporkan gagal dalam pembelian syarikat Stag Oilfield USD25 juta pada April 2016.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sona IPO is best mid-cap equity deal of the year in South-East Asia ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sona Petroleum to delist on Thursday ]

Manakala Mohd Salem Kailany Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn Bhd yang dikaitkan sebagai ‘Orang UMNO Sepang’ bakal disingkirkan oleh Kerajaan PH. Pelantikan oleh Nageeb sebagai Lembaga Pengarah Felcra telah memberi nyawa kepada Salem.

[ARTIKEL BERKAITAN - CEO PNB Development ‘Orang Kuat UMNO Selangor’ bakal dipecat PH? ]

 

Maznah Jalil, Azizah Abod dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (1MDB)

Siapa tidak kenal Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sangat kontroversi? Kes ini sedang didakwa di mahkamah sekarang.

Shahrol Azral adalah proksi kepada Azizah Abod dan Maznah dalam 1MDB.

Shahrol Azral adalah anak saudara Datuk Maznah Jalil. Nampak tak mengapa Shahrol diletakkan dalam 1MDB?

Tiba-tiba dalam Malaysia Baharu yang menentang 1MDB Datuk Nageeb Pengerusi Felcra pro Teresa Kok DAP melantik Datuk Maznah sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra? Mengapa?

Apakah pelantikan ini juga syor daripada Dr. Muhammed Abdul Khalid Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (yang dlantik 27 Ogos 2018)? Mungkinkah Tun Daim abang ipar Dr Muhammad turut mengesahkan pelantikan ini?

Dr. Muhammed Abdul Khalid kini penasihat ekonomi PM adalah adik ipar Tun Daim

Atau Dr. Muhammed Abdul Khalid melepas tangan bagi mengelakkan tanggapan pelantikan pegawai utama GLC bukan bawahnya? Jika berlaku sesuatu kepada Felcra seperti kerugian dan keghairahan Felcra menjual aset-asetnya maka Datuk Nageeb yang akan dipersalahkan. Bukan beliau selaku penasihat ekonomi Perdana Menteri. Nampak tak?

Rosmah Mansur, Maznah Jalil, Puan Sri Cindy Lim, Azizah Abod

Jika PH sangat memerangi bekas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur sehingga mendakwanya di mahkamah, sebenarnya tidak semua 100 peratus. Melalui Nageeb mereka memilih Datuk Maznah Jalil proksi Rosmah dan Azizah Abod itu.

Rosmah, Azizah Abod dan Puan Sri Cindy Lim (Pavilion)

Kontroversi Azizah Abod tidak pernah putus

Jika anda meneliti peristiwa pada 18 Mei 2018, episod polis menyerbu beberapa apartmen mewah di Pavilion Residence, Kuala Lumpur, berkait Rosmah pastinya anda pernah melihat kotak-kotak yang dirampas yang memiliki label "Datin Cindy" dan "Puan Sri Cindy" iaitu barang isteri kepada pemilik Pavilion Residences Tan Sri Desmond Lim.

Umum juga mengetahui Puan Sri Cindy Lim adalah rakan perniagaan Rosmah, Azizah Abod dan Maznah Jalil. Jadi isunya mengapa Datuk Nageeb memilih Datuk Maznah Jalil sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra?

Barang Pavalion dirampas atas nama Puan Sri Cindy Lim

Akrab adik ipar Azizah Abod, Datuk Maznah Jalil dengan Puan Sri Cindy Lim

Apakah ini kehendak mentor Datuk Nageeb, YB Teresa Kok Menteri Industri Utama Malaysia? Atau Kerajaan PH sudah tidak tahu mahu melantik sesiapa lagi dalam PH?

2 Comments