Video 'Makcik' mengamuk dihalang jumpa Ketua Menteri Sabah tular
02:01 Jan 20, 2019  |  By SabahKini2
Video 'Makcik' mengamuk dihalang jumpa Ketua Menteri Sabah tular

"Jangan bodohkan rakyat, kami pengundi juga"....

Marah 6 jam tidak dibenarkan jumpa Ketua Menteri

KOTA KINABALU- Seorang ‘makcik’ yang datang dari jauh dan menunggu 6 jam di pejabat Ketua Menteri Sabah berang kerana dihalang dan dipermainkan oleh pegawai Dato’ Seri Shafie Apdal di sini semalam.

“Kami sudah diberi peluang dari Tenom, pegawai pun tahu saya sudah isi borang, tetapi kenapa saya tidak dipanggil, sekarang sudah CM balik ”.

“mengapa kami menunggu di sana tidak kasi peluang”. kata makcik itu.

Beliau mempersoalkan salah siapa mengapa mereka tidak dapat berjumpa Ketua Menteri sehingga perlu dianiaya. Mereka datang dari jauh dan tak mungkin berulang-alik dapat berjumpa Ketua Menteri.

‘6 jam kami tunggu di luar, berdiri sahaja, kami merayu kasi peluang duduk di karpet (lantai) supaya kami berehat dan dapat berjumpa tetapi tidak juga dikasi masuk (jumpa)

“Saya orang ini pengundi, kita pengundi mengapa, depan Ketua Menteri pun saya berani cakap, kau satu aku satu, tidak juga kau jadi pegawai kalau rakyat tidak mengundi kamu, kenapa? Jangan bodohkan rakyat, kami ni pengundi”. katanya..

Sebelum ini Shafie Apdal berkata sesiapa saja mahu berjumpanya sila datang ke pejabatnya. Kini apabila rakyat berjumpa mereka dihalang menemuinya

 

 

 

84 Comments