(VIDEO) Bukan 'isu rasis' kereta rosak diterbalikkan punca kemalangan
21:01 Jan 24, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Bukan 'isu rasis' kereta rosak diterbalikkan punca kemalangan

Tersebar dalam aplikasi whatsApp kononnya anggota tentera terbalikkan kenderaan honda stream kerana geram. Ia berlaku di Felda Bukit Damar, Jalan Pekan Felda Lakum, di Temerloh kerana kenderaan tersadai punca kemalangan

NETIZEN GERAM DENGAN KERETA ROSAK YANG DIBIARKAN DI JALAN MENYEBABKAN KEMALANGAN

Aggota tentera pa rah selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang kereta yang ditinggalkan di tengah jalan di Felda Bukit Damar, Jalan Pekan Felda Lakum, di Temerloh, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Koperal Ismi Wan Shah Ismail, 31, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Mempaga dari rumahnya di Lanchang sebelum merempuh Honda Stream yang ditinggalkan di lorong kiri jalan raya.

Isteri mangsa, Farhah Jamaluddin, 33, ketika dihubungi berkata, suaminya kini sedang menjalani pembe dahan selepas patah tulang pinggul dan patah kedua belah tangan.

“ Ketika kejadian suami hendak ke tempat kerja menunggang motosikal Kawasaki ER-6 sebelum dia dikatakan melanggar kereta yang ditinggalkan di tengah jalan raya.

“ Suami saya kini sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) dan laporan polis sudah dibuat rakannya, semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Difahamkan Honda Stream berkenaan ditinggalkan pemandunya sejak kelmarin dan usaha pengesan pemiliknya sedang dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 pagi.

“ Anggota kita tiba memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa ke HOSHAS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan kema langan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, satu video tular memaparkan kira-kira 10 lelaki yang berhenti di lokasi kemalangan bertindak menterbalikkan kenderaan itu.

Bagaimanapun, penyebaran video terhadap tindakan diambil kumpulan lelaki tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong dan ada yang mempersoalkannya.

Antara yang disebar dalam aplilasi whatsapp

 

Comment