Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad?
02:01 Jan 29, 2019  |  By SabahKini2
Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad?

Benarkah di Petronas syarikat-syarikat tertentu mendapat layanan istimewa asalkan ada hubungan skandal dan dan juga bayar rasuah kepada Group Procurement Project Delivery & Technology (PD&T). Apa istimewanya UZMA Berhad di mata Petronas

Anda boleh bayangkan bagaimana Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Tan Sri Syed Abbas AlHabsee keluar UMNO pada September 2018 dan mencari nyawa untuk hidup dalam Kerajaan PH. Sebabnya begitu banyak projek dan kemewahan mereka perolehi ketika bersama UMNO termasuk kontrak bersama PETRONAS mahu dikekalkan. Rupanya kata-katanya “demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan” adalah untuk survival sendiri. Kapal perniagaan mereka sedang mahu lemas…

Rupanya Syarikat Uzma Berhad yang Syed Ali sebagai Pengerusinya sedang lemas. UZMA Berhad begitu banyak mendapat keistimewaan projek dalam Petronas. Bagaimanapun prestasi syarikat itu semakin merosot apabila projek Kontrak Hidraulik "Ghazi 461" untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (CHO/2017/WELLS/1017) gagal dilaksanakan.

UZMA sahaja syarikat bumiputera? Selepas gagal melaksana projek "Ghazi 461" malah meminta pula kepada Petronas projek penggerudian sampingan serta sebagai kontraktor tunggal tidak terhad projek yang Uzma perolehi sedia ada.

UZMA Berhad diketuai CEOnya Dato' Kamarul Redzuan Bin Muhamed ‘Kaki berfoya-foya’ jenis menunjuk-menunjuk kekayaan akhirnya memberi masalah kepada anak syarikatnya Uzma Engineering Sdn Bhd apabila kontrak “Ghazi 461” bakal ditamatkan dan menyebabkan syarikat itu disenarai hitamkan.

Dato' Kamarul Redzuan Bin Muhamed (CEO) dan Datin Rozita Mat Shah (Isteri) dalam UZMA Berhad

Sebelum ini menurut maklumat dalaman projek UZMA Berhad bergantung kepada hubungan ‘skandal’ Datin Rozita Mat Shah isteri CEO Uzma (BOD Uzma) dengan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden & CEO Petronas. Bagaimanapun dengan masalah prestasi syarikat gagal melaksanakan projek Petronas apakah hubungan Datin Rozita dengan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin mampu menyelamatkan projek itu?

Keakraban mereka tidak boleh dipertikaikan...

Satu surat rayuan CEO UZMA Berhad bertarikh 16 November 2018 yang tular dialamatkan kepada Encik Samsuddin Miskon Vice President Group Procurement Project Delivery & Technology (PD&T) menjelaskan kegagalan syarikat itu melaksana Projek ‘Ghazi 461’ namun mencadangkan agar mereka tidak ditamatkan dan diberi projek alternatif lain.

Nampaknya bahagian Procuremet Petronas diketuai oleh Samsudin Miskon, En.Noor Mohamad Taj Mohammad (Senior General Manager Procurement) dan Puan Siti Hawa Haji Ahmad (Head Procurement Upstream &International) yang sudah dibayar rasuah oleh CEO UZMA Dato' Kamarul Redzuan sejak sekian lama sedang melaksanakan kerja mereka menasihati Uzma Engineering Sdn Bhd membuat rayuan untuk projek lain. Ia disahkan sendiri dalam surat Uzma mengenai mesyuarat PETRONAS dan Uzma Engineering Sdn Bhd (UZMA) pada 13 November 2018. Beranikah bahagian Procuremet Petronas menamatkan projek UZMA setelah bertahun-tahun menerima rasuah serta tahu hubungan Datin Rozita dengan Presiden Petronas?


SPRM wajar Siasat Samsudin Miskon, En.Noor Mohamad Taj Mohammad 

UZMA mengaku sebagai penyedia perkhidmatan bertaraf dunia kepada PETRONAS dan anak-anak syarikatnya namun gagal melaksana projek hidraulik "Ghazi 461" malah meminta pula kepada Petronas projek penggerudian sampingan serta sebagai kontraktor tunggal tidak terhad projek yang Uzma perolehi sedia ada.

Beginikah syarikat yang mengaku bertaraf dunia untuk Petronas? Dapat projek dan bila tak siap bagi elak syarikat ditamatkan kontrak minta pula projek lain kononnya sebelum ini syarikat telah membelanjakan membeli peralatan USD 8 juta. Jika semua kontraktor bumiputera bersikap seperti ini akan lebih banyak lagi syarikat bumiputera layak dan mampu membuat kerja terpinggir.

Petronas perlu menolak rayuan syarikat UZMA Berhad ini. Petronas mesti bertegas membatalkan kontrak mereka. Jika syarikat lain Petronas mampu bertegas mengapa tidak kepada UZMA Berhad. 

Bersama-sama ini kita lampirkan kandungan surat rayuan UZMA BERHAD kepada Petronas. Anda nilaikan sendiri status syarikat yang mendakwa menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia ni.

 

PENAMBAHBAIKAN PRESTASI KONTRAKTOR DAN CADANGAN ALTERNATIF PENGGERUDIAN SAMPINGAN SALTEC

Merujuk kepada perkara di atas dan juga mesyuarat yang diadakan di antara PETRONAS dan Uzma Engineering Sdn Bhd (UZMA) pada 13 November 2018.

Kami memahami kebimbangan pihak tuan berkaitan dengan prestasi keseluruhan kami. Untuk itu, izinkan kami menyatakan sekali lagi akan komitmen penuh kami dalam menambahbaik perkhidmatan kami serta menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada PETRONAS dan anak-anak syarikatnya.

UZMA juga mengakui dan menerima bahawasanya perkembangan semasa berhubung dengan Kontrak Penyediaan Unit Kerja Hidrolik "Ghazi 461" untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (CHO/2017/WELLS/1017) bukanlah suatu gambaran baik untuk diperlihatkan kepada PCSB. Dengan rendah diri, kami ingin merayu kepada PCSB agar tidak menggunakan terma penamatan seperti yang terkandung di dalam kontrak. Tindakan sedemikian akan sangat menjejaskan UZMA. Sehingga hari ini, kami telah membelanjakan kira-kira USD 8 juta semata-mata bagi menuruti segala spesifikasi teknikal yang terdapat dalam kontrak.

UZMA berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan penyelesaian alternatif berhubung kontrak ini seperti berikut:-

  1. Peluang dalam projek penggerudian sampingan di masa hadapan. Halangan utama yang menyebabkan kelewatan tarikh penyiapan adalah ketidak serasian peralatan kami dan perigi-perigi yang disenaraikan. Oleh kerana kami telah membuat pelaburan yang besar terhadap peralatan yang diperlukan bagi memenuhi spesifikasi teknikal unik yang terkandung di dalam kontrak, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan agar mempertimbangkan kami untuk projek penggerudian sampingan yang lain di masa depan, sebagai menggantikan projek perigi tersebut. Kami yakin bahawa kami akan dapat memperbaiki perkhidmatan kami dan melaksanakan projek penggerudian sampingan masa depan dengan jayanya.
  1. 'Work Over Project' bagi mengoptimumkan penggunaan semua peralatan yang kami telah laburkan untuk kontrak ini, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menjadikan kami sebagai kontraktor tunggal anda berhubung dengan senarai telaga, termasuk tetapi tidak hanya terhad kepada; (i) Dulang (ii) Duyong (iii) Angsi (iv) Lutong Barat (v) Tukau di bawah 'Umbrella Contract' melibatkan Penyediaan Unit Kerja Hidraulik 340K dan 460K untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (CHO/2017/WELLS/1016-B) dan/atau 'Umbrella Contract' untuk Peruntukan Penggerudian 150K, 225K, 460K dan Unit Kerja Hidraulik 660K untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (CHO/2017/WELLS/1022-A).

UZMA ingin memohon untuk berjumpa dengan pasukan tuan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan di atas.

Kami mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS atas sokongan yang berterusan dan kami menunggu jawapan yang positif daripada pihak tuan.

UZMA ENGINEERING SDN BHD

Dato' Kamarul Redzuan Bin Muhamed

 

Apakah Dato' Kamarul Redzuan Bin Muhamed CEO UZMA Berhad yang juga Presiden sebuah NGO terkenal akan menggunakan kedudukannya untuk terus mengekalkan kontraknya dengan Petronas? Sama-sama lihat kerana syarikat ini sudah terbukti gagal melaksanakan kontrak dengan Petronas. 

 

109 Comments