Kutip caj servis penumpang RM741 juta konsesi ERL YTL kroni Mahathir dilanjut 30 tahun
03:11 Nov 16, 2017  |  By SabahKini2
Kutip caj servis penumpang RM741 juta konsesi ERL YTL kroni Mahathir dilanjut 30 tahun

MAHB bagi pihak kerajaan telah mengemukakan bayaran PSC kepada ERL sejak 2002 hingga September 2017, dengan jumlah bayaran keseluruhan RM741,234,295. Inilah satu contoh legasi cukai era Mahathir penumpang penerbangan membayar caj penumpang untuk ERL sama

PARLIMEN l Kerajaan telah melanjutkan kontrak konsesi 30 tahun Express Rail Link (ERL) selama 30 tahun lagi, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Karpawi

Beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa lanjutan itu diberikan susulan tindakan kerajaan yang menolak permintaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk mengkaji semula tambang kereta api itu sebanyak tiga kali.

Beliau mendedahkan mengikut kontrak awal 30 tahun itu, yang akan tamat pada 2029, ERL berhak mengkaji semula tambang setiap lima tahun.

“Kontrak ini akan habis 2029, 30 tahun, tetapi oleh kerana kita buat perjanjian awal rejim dulu pada 2002, telah ada satu sistem, setiap lima tahun boleh review tambang, dia tak review tiga kali.

“Sampai 2016, kerajaan buat pendekatan, tambang kita bukakan, tapi kita letak siling (pada RM64), bila kita tidak benarkan kenaikan, sepatutnya kita beri pampasan, tapi kita panjangkan konsesi 30 tahun.

“Selepas 30 tahun, kerajaan tidak bayar lagi caj servis penumpang (PSC), selepas 2029, kerajaan tidak bayar lagi,” katanya semasa sesi soal jawab.

Sementara itu, Abdul Aziz juga berkata, MAHB bagi pihak kerajaan telah mengemukakan bayaran PSC kepada ERL sejak 2002 hingga September 2017, dengan jumlah bayaran keseluruhan RM741,234,295.

Menurutnya, sejak ERL mula beroperasi, kadar purata bilangan penumpang adalah 5.4 juta orang setahun.

Namun pada 2015 terdapat peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya 11.03 juta orang.

“Bagaimanapun, peningkatan kadar tambang ERL pada 2016 telah menyaksikan penurunan kadar bilangan penumpang sebanyak 19 peratus, menjadi 8.9 juta orang,” katanya menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) mengenai jumlah keseluruhan yang dibayar MAHB kepada ERL sejak 2002.

Sebelum ini Mahathir mengarahkan MAHB membayar dari sebahagian pengunaan International dan Domestic "airport tax" dikutip dari setiap pengguna - sama ada menggunakan atau tidak perkhidmatan ERL. 

Dan pembayaran ini meningkat sebanyak 10% dalam jadual ditetapkan sehingga tamatnya perjanjian konsesi. Bermaksud satu hari nanti "airport tax" juga akan meningkat disebabkan ERL akan menaikkan harga tambangnya (increasing rates)

Peninggalan legasi perjanjian konsesi yang tidak adil ini ditandatangani pada tahun 1997 dan  diluluskan oleh Mahathir. Turut sama ialah Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Razali Mohd Ali (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain). 

Ia perjanjian berat sebelah kerana harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic , lima tahun naik, lima tahun naik. Jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan maka pampasan perlu dibayar RM 2.9b. Jika ada perundingan semula dengan syarikat konsesi maka terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.
 
 
 
Comment