Jangan guna agama untuk elak isu sebenar - DR. JEFFREY
01:11 Nov 16, 2017  |  By SabahKini2
Jangan guna agama untuk elak isu sebenar - DR. JEFFREY

Jawapan balas YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan kepada Tan Sri Pandikar Amin


KOTA KINABALU: "Saya tidak ada apa-apa isu mengenai agama, maka saya terkejut bahawa Pandikar mengangkat isu agama untuk MENGALIHKAN PERHATIAN dari isu-isu sebenarnya. Apakah agendanya?” kata Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Dalam stetmen di sini hari ini, Dr. Jeffrey, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bingkor, membidas tindakan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang mencabar beliau dan lain-lain pemimpin pembangkang, sama ada mereka akan memansuhkan status Islam sebagai agama rasmi, seperti yang tertulis dalam Fasal 5 Perlembagaan Negeri Sabah, jika pembangkang memerintah Sabah.

Kata Dr. Jeffrey, cabaran Pandikar terhadap pihak pembangkang tidak lain hanyalah TAKTIK menggunakan isu KAUM DAN AGAMA yang biasa digunakan oleh Umno/Melayu  untuk mengalihkan perhatian rakyat dari ISU SEBENAR.

“Mungkin, setelah bertahun-tahun beliau diindoktrinasikan di dalam Umno dan Malaya dia telah mempertajamkan pendekatan politik untuk menyerang berdasarkan hanya KAUM DAN AGAMA, bertujuan hanya untuk MEMECAH-BELAHKAN masyarakat Sabah yang ingin hidup dalam harmoni dan aman damai.” tambah dr Jeffrey.

ADUN Bingkor itu juga menegur agar Pandikar juga harus keluar dari memainkan agenda tersembunyinya dan berhenti dari memanjangkan SANDIWARAnya mengenai hak-hak Sabah yang bertujuan hanya untuk menarik perhatian ketua-ketua politiknya di Kuala Lumpur. Katanya, Pandikar juga harus berhenti bercakap hanya untuk MENYENANGKAN TELINGA para pemimpin Umno di Putrajaya.

Dr Jeffrey mengingatkan Pandikar bahawa rakyat Sabah dan Sarawak, TERMASUK kerajaan negeri Sarawak yang dipimpin oleh BN, sangat jelas dengan halatuju mereka ke arah pemulihan hak-hak, kedudukan istimewa dan otonomi negara-negara Borneo.

“Satu tinjauan bebas baru-baru ini mendapati bahawa 67% daripada orang Sabah dan Sarawak mahukan hak dan otonomi mereka dikembalikan kepada negara-negara mereka, jelasnya.

Mengenai Perkara 5A dalam Perlembagaan Sabah, Dr. Jeffrey mengaskan bahawa PINDAAN ITU MEMANG TIDAK SAH dan dan TIDAK KONSISTEN MA63, dan juga TIDAK SELARI dengan dokumen-dokumen perlembagaan bersabit pembentukan Persekutuan Malaysia seperti yang dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas Sabah.

“Tidak kira sama ada Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia, Sabah akan sentiasa menikmati KEBEBASAN BEERAGAMA oleh bapa-bapa pengasas kita. Dan mereka telah mengambil PENDIRIANYANG BETUL dengan menuntut agar kebebasan beragama sebagai prasyarat bagi Sabah untuk sama-sama membentuk Malaysia, katanya.

“Walaupun dengan retorik Pandikar yang kosong mengenai bangsa dan agama berjaya untuk mendapat sokongan para pmimpin Umno, atau ia berjaya mengangkatnya menjadi Ketua Menteri, dia akhirnya akan mendapati dirinya tidak dapat diterima dan pada amnya tidak akan popular di kalangan rakyat Sabah.

“Keadaan zaman sekarang tidak lagi seperti di masa lalu di mana rakyat boleh menerima pemimpin seperti itu yang mahu menjadi tuan besar mereka,” kata Dr Jeffrey.

Beliau menambah bahawa adalah sangat tidak bertanggungjawab bagi seorang pemimpin atasan Sabah seperti Speaker Parlimen untuk memainkan retorik kaum dan agama hanya demi kemajuan politik dan survival atau kelangsungan hidup politiknya.

“Sebelum mencabar para pemimpin pembangkang, Pandikar harus terlebih dahulu memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh saya dan empat soalan yang saya kemukakan sebelum ini,” tambah Dr Jeffrey.

“Jika Pandikar benar-benar IKHLAS mengenai hak tanah airnya, iaitu Sabah, dia sepatutnya, sebagai Speaker Parlimen, MEMBENARKAN USUL PERBAHASAN TENTANG MA63 serta hak-hak Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan kajian semula Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam MA63 dan Laporan IGC.”

Dr. Jeffrey menegaskan bahawa bagi Parti Solidariti Tanahairku, yang menjadi rakan kongsi dalam Gabungan Sabah, visi atau wawasan STAR untuk Sabah dan bagi pemulihan hak-hak Sabah serta bagi pembangunannya sudah jelas dinyatakan dalam 15 Teras Perjuangan STAR.


Comment