Penduduk kampung bantah Cik Jasey 'orang luar' dilantik Ketua Kampung Tiulon
13:02 Feb 06, 2019  |  By SabahKini2
Penduduk kampung bantah Cik Jasey 'orang luar' dilantik Ketua Kampung Tiulon

[VIDEO] Dulu mahu beri 180 ekar tanah Sook kepada oang luar. Kini Warisan bertegas melantik orang luar Cik Jasey Ketua Kampung Tiulon walaupun dibantah. Penduduk kampung mahu dibuat secara undian.

SOOK: Penduduk kampung kecewa dengan proses perlantikan Ketua Adat dan Ketua-ketua Kampung di bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) Sook yang diadakan baru-baru ini.

Turut membantah pelantikan itu ialah DAP Sook. Penyelaras DAP Sook merangkap Ketua Wanita DAP Pensiangan Clare Taunek berkata perjumpaan dan perbincangan hanya dibuat sekali sahaja sebelum penyerahan watikah itu dijalankan.

“Nampak jelas keputusan hanya diambil tanpa merujuk kepada pimpinan DAP yang ada di dalam Dun Sook,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Ketua Kaum atau Kampung yang dilantik ini juga dipercayai adalah orang luar atau dari kampung lain.

Video menunjukkan wakil masyarakat kampung sedang menunjukkan ketidakpuasan hati mereka, sejurus Ketua kaum yang tidak disukai dilantik sekaligus dirasmikan oleh UPPM.

Menurut penduduk perlantikan Ketua kampung dibuat secara samboro. Penduduk Kampung Tiulon melahirkan kekecewaan dengan pelantikan Ketua Kampung mereka.

Mereka mendakwa individu bernama Cik Jasey yang dilantik bukan berasal dari kampung Tiulon dan bukan juga dari kalangan penduduk kampung.

Penduduk kampung Tiulon turut meminta agar proses lantikan dijalankan secara undian.

Orang kampung Tiulon protes naik pentas bantah. Sangat memalukan

Sebelum ini kecoh tular surat permohonan tanah 180 ekar di Kg Biah Skim, Jalan Sook di Daerah Kecil Sook yang mahu diberi kepada orang luar. Shafie Apdal telah mengarahkan pejabat tanah untuk memberi tanah kepada ketua pemohon Abdull bin Naim beralamatkan Kg Lingkudau Keningau sebuah penempatan Kampung Setinggan yang terbakar baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!]

Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!

 

7 Comments