Saya tiada niat mengelirukan, rakyat yang keliru dengan ‘Cambridge' - Marzuki
12:02 Feb 09, 2019  |  By SabahKini2
Saya tiada niat mengelirukan, rakyat yang keliru dengan ‘Cambridge' - Marzuki

Ketika ditanya media sebelum ini, beliau dengan jelas bertegas membuktikan dirinya lulusan ‘Cambridge’ tapi Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat dan bukannya University of Cambridge, UK.

“Saya langsung tidak pernah berniat untuk menggambarkan seolah-olah saya mendapat pendidikan di Universiti Cambridge, rakyat yang keliru,” kata timbalan menteri luar Marzuki Yahya berhubung dakwaan penipuan kelayakan akademik.

Menurutnya, ketika ditanya media sebelum ini, beliau dengan jelas bertegas membuktikan dirinya lulusan ‘Cambridge’ tapi Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat dan bukannya University of Cambridge, UK.

Bagaimanapun laporan semua berita sebelum ini melaporkan Marzuki begitu yakin membuktikan dirinya daripada University of Cambridge UK

[ARTIKEL BERKAITAN- Marzuki sedia kemukakan bukti punyai kelulusan daripada Universiti Cambridge]

[ARTIKEL BERKAITAN- Marzuki akan tunjuk bukti ijazah dari Cambridge ]

“Sepertimana yang kita sedia maklum, sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat ke dalam laman web Wikipedia. Ianya juga boleh diedit oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

“Sejujurnya saya tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan saya di dalam Wikipedia. Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan yang kebetulan ketika dia mengaku International University (CIU) di Amerika Syarikat maklumat itu dipinda hari yang sama. 

Marzuki menerima kritikan selepas didedahkan tidak mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Cambridge kerana ia tidak menawarkan program pengajian jarak jauh.

Beliau mengakui memulakan pengajian jarak jauh dengan CIU pada 2002, ketika sedang berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat perkapalan dan lojistik di Pulau Pinang.

6 Februari lalu Marzuki membuat pengakuan bahawa ijazahnya dalam pentadbiran perniagaan dari Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan University of Cambridge di United Kingdom.

"Saya fikir mereka (pengkritik saya) salah faham (kelayakan saya). Saya (belajar) di Cambridge International University di AS.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saya belajar di Cambridge International University di AS - Marzuki ]

“Saya berharap agar penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan yang ada. Dengan ini juga, saya menyerahkan kedudukan saya sebagai timbalan menteri luar negeri dan setiausaha agung Bersatu kepada perdana menteri dan kepimpinan parti,” katanya.

Marzuki turut melampirkan salinan transkrip dan kelayakan daripada CIU yang kini turut dipertikaikan kesahihannya kerana transkrip universiti yang dilampirkan Marzuki menemui beberapa kejanggalan seolah-olah edit dan sama dengan transkrip contoh (template) di laman web Cambridge International University (CIU). 

Media antarabangsa seperti Straitstimes Singapura , Telegraph UK , Dailymail UK dan banyak lagi kelihatannya menyebut Timbalan Menteri Luar Malaysia menipu sijil ijaza sangat memalukan negara.

 

sijil Marzuki dan contoh adalah sijil sama..

18 Comments