Saya mengaku belajar di luar negara tetapi gagal bawa pulang ijazah- MB Perak
18:02 Feb 10, 2019  |  By SabahKini2
Saya mengaku belajar di luar negara tetapi gagal bawa pulang ijazah- MB Perak

Sekian lama Faizal Azumu MB Perak berdolak dalih mengenai kelulusan dari Cowan University Edith, Perth, Australia hari ini beliau mengaku tidak menamatkan pengajiannya. Namun sebelum ini MB Perak dilihat menggunakan biodata dari universiti itu.

TAIPING: Dulu apabila ditanya mengenai kelulusan akademiknya Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya mampu berdiam diri.

Namun belajar dari kelemahan sikap Datuk Marzuki Yahya Timbalan Menteri Luar mengurus isu Peja Azumu berkata pemimpin PH harus bersikap berterus terang dan tidak berbohong kepada rakyat merupakan integriti penting di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), katanya.

Integriti amat penting bagi pemimpin kerajaan PH dalam melaksanakan kerja dengan ikhlas, kata beliau ketika diminta mengulas mengenai isu integriti di kalangan pemimpin PH yang terpalit dengan sijil akademik yang dikatakan tidak diiktiraf.

Hari ini Peja Azumu mengaku gagal menghabiskan pengajian di  Cowan University Edith, Perth, Australia sekalipun biodata ini digunakan disetiap media selepas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

“Saya sendiri pernah diserang dan saya mengaku saya melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi tidak berjaya membawa pulang ijazah. Saya tidak pernah berbohong tentang sejarah.

“Ke mana saya pernah melanjutkan pelajaran dan tidak membawa pulang ijazah dimainkan di media sosial suatu ketika dahulu.

“Apa yang lebih penting kita buat kerja dengan ikhlas dan soal integriti amat penting dan tidak berbohong kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar di Kampung Dew hari ini.

Sebelum ini, kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian serta Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong diragui. Beberapa pemimpin PH lain dikaitkan dengan isu sama termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamaruddin.

 

9 Comments