Lim Guan Eng yang arah agensi Kementerian Kewangan LTM guna duit syarikat ‘Da Ma Cai’ bukan salah IGP!
19:02 Feb 13, 2019  |  By SabahKini2
Lim Guan Eng yang arah agensi Kementerian Kewangan LTM guna duit syarikat ‘Da Ma Cai’ bukan salah IGP!

Menteri KDN luluskan Lawatan IGP. Manakala MOF melalui agensinya Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) menguruskan dana lawatan itu. Yang arah da ma cai bayar ialah Lim Guan Eng. Apa motif Lim Guan Eng memburukkan IGP dan KDN?

Semua orang tahu hubungan DAP dengan pengasas portal Sarawak Report dalam kes 1MDB sebelum ini. Bukan lagi rahsia Lim Guan Eng Menteri Kewangan dan setiausaha politiknya Tony Pua dengan  Clare Rewcastle-Brown.

Apakah laporan Sarawak Report diarah Lim Guan Eng dan Tony Pua?

Keakraban Tony Pua Setiausaha Politik Lim Guan Eng dan Clare Rewcastle-Brown. 

Jadi tidak perlu hairan dengan laporan terbaru Clare Rewcastle-Brown Sarawak Report mengenai lawatan kerja Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Puzi Harun bersama dengan pegawai kanannya didedah dan dipertikaikan.

[ARTIKEL -  IGP’s ‘Study Of Online Gambling Course’ – Pictures Posted Online.]

Apa masalah Tan Sri Dato’ Sri Mohammad Puzi Harun bersama pegawai kanannya PDRM melakukan lawatan keluar negara? Ia lawatan biasa yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana kertas lawatan mereka dimasukkan dalam ‘Kertas Kabinet’ untuk kelulusan.

Ia lawatan yang jelas tertakluk dibawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (Kementerian Kewangan) bagi perbelanjaan keluar negara

[BACA-  ‘Perbelanjaan Bagi Perjalanan  Atas Tugas Rasmi Ke Luar Negara’. ]

Pegawai Pengawal adalah dengan ini dibenarkan meluluskan perbelanjaan bagi perjalanan tugas rasmi pegawai ke luar negara serta membuat agihan peruntukan kepada pegawai dan agensi di bawah kementerian masing-masing berdasarkan keperluan.”

Dalam proses kelulusan lawatan ke luar negara adalah perkara biasa bagi Ketua Jabatan memohon peruntukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian (Pegawai Pengawal) dan jika tidak ada peruntukan, KSU Kementerian akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Dalam kes Tan Sri Ketua Polis Negara dan pegawainya,  Tan Sri Muhyiddin Menteri Dalam Negeri pun menjelaskan meluluskan lawatan itu bagi lawatan kerja membenteras judi online. Proses lawatan itu di Kementerian telah dilaksanakan dengan betul. Tiada isu.

KDN menghantar permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Menteri serta KSP MOF meluluskan permohonan itu. Berapa pun jumlahnya bukan isu kerana justifikasi permohonan itu disertakan dalam permohonan KDN.

Maka Lim Guan Eng Menteri Kewangan telah meluluskan menggunakan agensinya iaitu Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) menguruskan lawatan itu-  Untuk rekod LTM ditubuh bawah Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 melibatkan diri dalam mengawas, mengawal dan melaksanakan operasi totalisator berdasarkan perlumbaan kuda di Malaysia dan Singapura selaras dengan skim dan peraturan yang diluluskan.

LTM ditugaskan menyediakan prosedur pertaruhan dan pengutipan cukai ke atas operasi totalisator dilaksanakan mengikut jadual. Pada 14hb Mac 1991, Kementerian Kewangan telah memutuskan supaya LTM tidak lagi terlibat secara langsung dengan aktiviti pertaruhan berdasarkan lumba kuda tetapi sebaliknya berfungsi sebagai Agensi Pengawal (Regulating Agency) sahaja.

[Baca contoh laporan agensi MOF -  Laporan tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Totalisator Malaysia   ]

 

LTM bawah kuasa Lim Guan Eng. Oleh itu Menteri arah agensinya LTM bukan salah IGP dan KDN

Jika Lim Guan Eng dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) mengarahkan agensi LTM maka itu adalah kuasa MOF mencari dana sesuai dan bukan salah KDN atau PDRM. Ia masih diuruskan oleh agensi MOF bukannya syarikat luar. Asas memilih LTM mungkin atas sebab kertas kerja lawatan ke luar negara itu berkaitan menangani perjudian.

Jika LTM menggunakan dana syarikat loteri seperti Da Ma Cai, Sport Toto, Magnum dan lain-lain lagi ia masih atas kuasa Menteri Kewangan yang mengarahkan LTM menguruskan syarikat loteri untuk menyediakan peruntukan. KDN dan PDRM tidak perlu tahu sumber kewangan mana MOF luluskan. Yang penting lulus! 

Motif Lim Guan Eng DAP?

Namun apa motif Lim Guan Eng apabila lawatan yang politikkan Sarawak Report itu dijawab bahawa dana yang digunakan adalah bukan daripada Kementerian Kewangan tetapi sumber dana daripada Da Ma Cai walaupun diuruskan oleh agensi MOF LTM?

Apakah Lim Guan Eng sengaja mahu memburukkan Tan Sri Ketua Polis Negara dan pasukan polis? Jelas sekali Menteri Kewangan itu berdendam dengan PDRM.

Strategi Lim Guan Eng ialah mencalar imej PDRM dan Ketua Polis Negara. Persepsinya amat buruk apabila PDRM yang menjaga keselamatan rakyat, menangani jenayah dan membenteras judi kini ditaja pula oleh syarikat loteri Da Ma Cai sedangkan kelulusan permit dan tempat pusat perjudian itu diluluskan oleh PDRM. Bukankah Lim Guan Eng telah memerangkap Tan Sri Ketua Polis Negara dan PDRM pada sesuatu yang bukan salah mereka tetapi ditentukan oleh MOF?

Jika ya Da Ma Cai atau mana-mana syarikat judi menjadi penaja sekalipun apa perlunya didedahkan kepada luar sedangkan yang menguruskan dana lawatan itu bagi pihak MOF ialah Lembaga Totalisator Malaysia (LTM).

Ialah Lim Guan Eng pun tahu dana yang diuruskan oleh agensinya LTM adalah beratus juta. Dia hanya perlu menyedut dana itu. Sebenarnya yang berkepentingan dengan syarikat judi ialah Lim Guan Eng!. Lu beri dana dia sambung lesen MOF. Clear!.

Royalti 5 % kepada LTM oleh syarikat judi. LTM juga memberi geran atau dana mengikut arahan Menteri Kewangan.
Hanya LTM boleh 'pau' syarikat judi.

Lim Guan Eng nampaknya sangat terdesak untuk 'divert' isu mengenai kelayakan sijil akauntannya, rakan-rakan PH dan kenyataan terbaru Tun M yang menerima pemimpin UMNO dalam Bersatu. Apabila dia tidak waras hal-hal urusan sulit kerajaan pun dia dedahkan. Akhirnya yang meerima impak teruk adalah KDN dan pasukan keselamatan PDRM.Kabinet PH tiada collective responsibility mereka sering menikam antara satu sama lain

2 Comments