(VIDEO) Najib diserbu di Semenyih
12:02 Feb 14, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Najib diserbu di Semenyih

Baru saja dicabar datang ke Semenyih, Najib Razak sudah datang singgah di Tesco. Sambutan terhadapnya luar biasa.Nampaknya orang Semenyih lain dari lain..

SEMENYIH- Azmin mencabar Najib supaya berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih seperti yang dilakukan di Cameron Highlands.

"Baru sekarang tunggang motosikal, makan roti canai,pakai kain sarong, walaupun salah dan naik teksi. Cara ini mungki berjaya di Cameron Highlands, saya nak tengok dia buat di Semenyih". katanya

"Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan melayu Pekan. Sebab itu saya nak tengok' bossku' datang ke tidak".

Malam tadi Najib singgah di Tesco Semenyih dan beliau tidak menjangka sambutan orang ramai terhadapnya di Tesco. Sambil menyindir Azmin Ali beliau "pencuri hati rakyat'. 

“Saya diminta oleh pimpinan tempatan untuk buat lawatan membeli-belah sambil meninjau keadaan di sini.

“Saya tak sangka sambutan yang luar biasa dan satu suasana yang amat tidak saya jangka menunjukkan bahawa rakyat memang nak dekat dengan saya. Sebagai pemimpin, mudah-mudahan ia diterjemahkan dalam bentuk sokongan.

“Jika saya menerima undangan, InsyaAllah saya akan turun Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah di Tesco Semenyih di sini. 

Kehadiran beliau kira-kira pukul 8.30 malam itu disambut oleh hampir 1000 orang pengunjung yang hadir ke pusat beli-belah berkenaan.

 

2 Comments