(VIDEO) Warisan bukan komponen PH, PPBM sahkan masuk Sabah
13:02 Feb 15, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Warisan bukan komponen PH, PPBM sahkan masuk Sabah

Dalam sidang media PPBM Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tiada halangan masuk ke Sabah memandangkan Parti Warisan bukanlah parti komponen dalam Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: PPBM mengesahkan bersetuju untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah susulan satu mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu, hari ini.

Difahamkan bahawa keputusan itu, yang mungkin tidak menggembirakan sekutunya di negeri itu, Warisan yang sebelum ini menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap langkah tersebut, dibuat secara sebulat suara.

Lebih 100 ribu rakyat Sabah dijangka menyertai parti itu. Sebelum ini kecoh borang-borang PPBM diedarkan di Sabah.

Bekas Pemimpin UMNO Sabah sertai Bersatu hampir pasti?

Dalam sidang media PPBM hari ini Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tiada halangan masuk ke Sabah memandangkan Parti Warisan bukanlah parti komponen dalam Pakatan Harapan.

“Warisan bukanlah dalam komponen Parti Harapan tetapi di Sabah PH bersetuju menamakan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah”. katanya.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi kawalan langsung ke atas parti cawangan PPBM Sabah itu.   

Keputusan PPBM ini pasti menggembirakan rakyat Sabah dan menggusarkan pemimpin Warisan.

 

 

13 Comments