Pegawai kanan bukan ditamatkan tetapi bersara wajib- Rashid
05:02 Feb 16, 2019  |  By SabahKini2
Pegawai kanan bukan ditamatkan tetapi bersara wajib- Rashid

4 pegawai itu, termasuk Tan Sri Rashid Timbalan IGP dijadualkan bersara tidak lama lagi mengikut prosedur normal.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan 4 pegawai tinggi di Bukit Aman akan meletak jawatan tak lama lagi.

Sebaliknya, Rashid berkata, 4 pegawai itu, termasuk dirinya, dijadualkan bersara tidak lama lagi mengikut prosedur normal.

“Paling awal adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang akan bersara pada 15 Mac, diikuti dengan saya pada 17 Mac.

“Kemudian diikuti Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh, dan KPN sendiri pada Mei,” katanya pada pemberita di maktab polis.

Rashid berkata mereka berempat “pencen cukup umur”.

“Masa kita dah sampai, jadi kita pergi dan bagi ruang kepada pegawai yang masih muda untuk meneruskan khidmat bakti kepada negara.”

Sementara itu, Rashid berkata polis akan siasat laporan oleh Pemuda PAS mengatakan DAP didakwa menerima dana asing.

Beliau berkata laporan itu tersebar sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada siasatan setakat ini.- FMT

1 Comment