PPBM masuk Sabah: Shafie akan umum pendirian Warisan hari ini
09:02 Feb 17, 2019  |  By SabahKini2
 PPBM masuk Sabah: Shafie akan umum pendirian Warisan hari ini

Sebelum ini Warisan yakin PPBM tidak akan masuk ke Sabah. Namun Tun M telah mengumumkan akan masuk ke Sabah. Shafie masih berdiam diri namun para penyokong Warisan sudah mula 'memaki' Tun M dan menggelarnya sebagai 'Ular'.

Presiden Warisan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dijangka mengumumkan pendirian Warisan berhubung keputusan  kemasukan PPBM ke Sabah baru-barui ini.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking berkata menyerahkan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memberi kenyataan penuh status PPBM.

Beliau berkata Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, dijangka membuat kenyataan berhubung perkara itu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu bersetuju menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota Umno Sabah menyertainya.

Mengulas lanjut, katanya, tiada sebarang pertemuan diadakan antara Mohd Shafie dan anggota Majlis Tertinggi Warisan setakat ini, namun, pada kebiasaannya perjumpaan antara pemimpin tertinggi parti diadakan setiap Sabtu dan Ahad.

Sementara itu parti komponen dalam Pakatan Harapan melihat kemasukan bekas-bekas UMNO ke PPBM sebagai sesuatu yang tidak sihat. Lim Guan Eng dalam kenyataan terbarunya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

3 Comments