RM100 juta Projek bekalan air Pulau Gaya gagal mengapa Ahli Parlimen DAP Sabah tidak salahkan Shafie Apdal?
12:11 Nov 17, 2017  |  By SabahKini2
RM100 juta Projek bekalan air Pulau Gaya gagal mengapa Ahli Parlimen DAP Sabah tidak salahkan Shafie Apdal?

Bukankah sekutunya sekarang Dato’ Seri Shafie Apdal Presiden Warisan yang juga bekas Menteri KKLW telah meluluskan projek di kawasan Pulau Gaya di bawah peruntukan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dengan kos hampir RM100 juta..

Portal DAP Roketkini hari ini memainkan isu 15 ribu penduduk gaya tiada bekalan air bersih sambil menyalahkan Kerajaan BN Sabah.

Jimmy Wong Sze Phin Ahli Parlimen Kota Kinabalu, ketika berucap membahaskan belanjawan 2018 Peringkat Jawatankuasa di Parlimen semalam (Khamis) menyentuh tentang kegagalan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah.

Beliau turut memetik laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), peruntukan keseluruhan projek bekalan air luar bandar di Sabah dari tahun 2010 sehingga tahun 2015 berjumlah RM2.001 bilion di mana sebanyak 184 projek telah dan sedang dilaksanakan.

Apakah Jimmy Wong terlupa Projek Bekalan Air ke Pulau Gaya adalah satu dari 350 projek yang disiasat SPRM dan 60 syarikat yang terlibat dalam penyelewengan RM1.5bilion itu satunya adalah dari Pulau Gaya?

Bukankah sekutunya sekarang Dato’ Seri Shafie Apdal Presiden Warisan yang juga bekas Menteri KKLW telah meluluskan projek di kawasan Pulau Gaya di bawah peruntukan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dengan kos hampir RM100 juta dilaksana oleh syarikat proksi Datuk Peter Anthony iaitu WBS Contruction Sdn Bhd selain penglibatan adik Shafie Apdal.

Pada 17 Januari 2017 lalu Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP) melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah.

 Beliau sendiri mengesahkan wang yang disalur kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya bukannya dari kerajaan Negeri.

 “PAC telah pergi ke Kota Kinabalu untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu. Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,”. Katanya

Jika PAC sendiri mengesahkan peruntukan bawah KKLW yang diuruskan oleh Shafie Apdal mengapa Jimmy Wong tidak menyalahkan sahaja rakan sekutunya Shafie Apdal? Bukankah sepatutnya Jimmy membuka mulut dan menyerang Shafie Apdal atas kegagalannya? Apa DAP Sabah takut?

SPRM yang menyiasat elemen rasuah projek luar bandar di Sabah melalui KKLW akhirnya menahan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony, Azis Jamman dan adik-beradik Shafie Apdal. Bukankah ini hasil aduan rakyat juga? Kisah salah laku rasuah projek Bekalan Air Luar Bandar Pulau Gaya boleh dibaca dalam blog Captain M mengenai kegagalan projek paip air di Pulau Gaya.

 

Mengenai penduduk Pulau Gaya dan terdapat status kampung tidak sah ia adalah satu hakikat Pulau Gaya dihuni pendatang asing dan mereka sepatutnya diambil tindakan. Apa agenda DAP? pendatang asing mereka halalkan dalam masa sama mereka menyerang BN kononnya membiarkan warga asing berleluasa. 

Penduduk Pulau Gaya yang miskin dan dhaif perlu dikenal pasti terutamanya warga tempatan dan warganegara Malaysia supaya dapat dibantu sewajarnya. Kemudahan dan subsidi perlu diberi kepada warga negara Malaysia sahaja. Itulah sebenarnya tujuan subsidi dan bantuan penuh kerajaan. Kepada Warga asing mereka perlu membayar perkhidmatan itu jika mereka mahukannya sebagaimana mereka membayar perkhidmatan kesihatan, sekolah dan lain-lain. 

 

 

Comment