Status Wilayah? Shafie Afdal tidak menghormati rakyat Sabah dan Sarawak
10:02 Feb 19, 2019  |  By SabahKini2
Status Wilayah? Shafie Afdal tidak menghormati rakyat Sabah dan Sarawak

Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal wajar sedar bahawa Sarawak tidak mempunyai keperluan untuk mendengar kata-kata beliau, dan sebaiknya menjaga kebajikan Rakyat Sabah terlebih dahulu.

Dato’ Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah mengeluarkan kenyataannya mengenai usaha mengembalikan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah.

Sangat Pelik seorang Ketua Menteri tidak sedar akan batasnya sebagai Ketua Menteri Sabah. Beliau tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas Negeri Sarawak, malah beliau juga bukannya berkuasa untuk mengubah sewenang-wenangnya taraf Sabah kepada status Wilayah.

Adakah Ketua Menteri Sabah baru ini tidak memahami Perjanjian 20 Perkara Sabah? Adakah beliau Faham mengenai Perjanjian MA63?

Di Dalam MA63, ada tertulis bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai taraf yang sama seperti Persekutuan Tanah Melayu,

" Dalam ertikata lain-nya, taraf Negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah setara dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dan bukanlah salah sebuah negeri sepertimana negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu."

Sekiranya Malaysia mahu mengembalikan Status Sabah dan Sarawak sebagai 'Equal Partners', Status Sabah dan Sarawak sepatutnya dijadikan seperti sebuah negara dan bukannya Wilayah.

Walaupun statusnya sebagai negara, ianya tidak bermakna Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia, cuma statusnya wajar dianggap setara dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Apabila statusnya sebagai 'Equal Partners' dikembalikan, maka sewajarnya Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 dihormati dan diperkasakan.

Diharapkan selepas ini Dato Seri Shafie Apdal ini tidak tersilap kata mengenai MA63, dan sebaiknya memahami dengan lebih mendalam Perjanjian MA63 ini.

Rakyat Sabah sangat memandang serius perkara berkaitan dengan status Sabah sebuah negara dan bukannya Wilayah. Cukuplah dengan Labuanyang ditukar ganti statusnya sebagai Wilayah Persekutuan. Sebarang pindaan yang akan merendahkan Status Sabah dalam negara Malaysia hanya akan menimbulkan kebencian dan ketidakpuasan hati dikalangan Rakyat Sabah.

Sekarang ini, Sarawak mendahului Sabah dalam melaksanakan kandungan MA63. Namun sebaliknya di Sabah  seolah-olah melengahkan pelaksanaan MA63.

Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal wajar sedar bahawa Sarawak tidak mempunyai keperluan untuk mendengar kata-kata beliau, dan sebaiknya menjaga kebajikan Rakyat Sabah terlebih dahulu.

'Hormati Hak Sabah dan Sarawak'
Anak Sabah Bersuara 2019.

 

6 Comments