Dr Maszlee bangga umumkan Sabah terima teramai murid tanpa kerakyatan
18:02 Feb 19, 2019  |  By SabahKini2
Dr Maszlee bangga umumkan Sabah terima teramai murid tanpa kerakyatan

Sabah mencatatkan jumlah paling ramai anak-anak tanpa dokumen yang diterima masuk ke sekolah kerajaan iaitu 1,961, selebihnya di Sarawak seramai 263 kanak-kanak

2,635 kanak-kanak yang tidak berdokumen telah diterima masuk ke sekolah kebangsaan sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan jumlah paling ramai anak-anak  tanpa dokumen yang diterima masuk ke sekolah kerajaan iaitu 1,961, selebihnya di Sarawak seramai 263 kanak-kanak.

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata dasar penerimaan masuk ke sekolah oleh kanak-kanak tanpa dokumen dibuat atas dasar melihat besarnya masalah keciciran anak-anak yang tidak berdokumen.

Bagaimanapun Maszlee mengakui proses menerima kanak-kanak tanpa dokumen masuk ke sekolah dilakukan secara berhati-hati demi menjaga sentimen masyarakat setempat.

"Misalnya, bagi kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri untuk diterima masuk ke sekolah, yang mana salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara, mereka memerlukan Surat Pengesahan atau Surat Perakuan daripada samada ahli parlimen, ADUN, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung, ketua kaum atau ketua rumah panjang tempat tinggal kanak-kanak tersebut," kata Maszlee dalam posting di Facebook beliau.

Tahun lalu Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Ismail Ahmad mengesahkan terdapat sekitar 500,000 penduduk warga asing merangkumi pelarian, warga asing yang tinggal melebihi masa dan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah lebih bermasalah berbanding PTI

[ARTIKEL BERKAITAN- 500,000 warga asing 'tanpa dokumen' pedalaman Sabah lebih bermasalah, kata Pengarah JPN]

Menjadi persoalan mengapa begitu besar berbezaan kanak-kanak tanpa dokumen Sabah berbanding Sarawak yang hanya ada 263 orang.

 

5 Comments