Mat Sabu bongkar Projek ‘Land Swap’ sejak 1997 namun jawapan Najib sangat menakjubkan!
08:02 Feb 20, 2019  |  By SabahKini2
Mat Sabu bongkar Projek ‘Land Swap’ sejak 1997 namun jawapan Najib sangat menakjubkan!

16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan 1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion. Siapa PM dan Menteri Kewangan 1997?

Sejak bulan Jun tahun lepas, satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan.

Baca komen warganet dalam facebook Mohamad Sabu. 90% mengejutkan.

Selepas 8 bulan meniliti, mereka mengeluarkan laporan bahawa terdapat keraguan di dalam 16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan 1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion,

"Keadaan tersebut telah menyebabkan sebahagian projek telah melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini. Malahan terdapat projek yang telah disiapkan tetapi kualiti pembinaan tidak memuaskan," katanya.

Oleh itu, mereka menuduh bahawa adanya kerugian atau ketirisan hasil kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap yang dianggar sebanyak RM500 juta.

Ini maklumbalas saya:

1. Saya bukan Menteri Pertahanan mahupun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan pada tahun 1997. Perdana Menteri tahun itu ialah PM ke-4 yang kini PM ke-7. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah bakal PM ke-8.

2. Alhamdulillah. Laporan yang mengambil masa 8 bulan ini juga telah membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz Malaysian Citizen telah memfitnah saya.

Beliau pernah bertegas dengan sumpah "Demi Allah" bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu" di bawah kerajaan BN semasa saya PM.

[ ARTIKEL BERKAITAN- Demi Allah, setiap inci tanah tentera diswastakan, kata Rafidah ]


Fitnah ini yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 adalah sangat keji kerana nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan ini.

3. Anggaran kerugian RM500 juta di dalam tempoh 21 tahun dari 1997 sehingga 2018 ini yang melibatkan 10.5% dari nilai tanah RM4.75 bilion juga subjektif kerana anggaran nilai tanah berubah-ubah pada setiap masa.

Apapun, pihak SPRM perlu menyiasat KES TEROWONG PULAU PINANG SECARA 'LAND SWAP'

4. Projek Terowong Pulau Pinang juga menggunakan kaedah bayaran urus niaga tukar tanah (land swap) yang bernilai RM6.34 bilion iaitu jauh lebih tinggi dari 16 projek Kementerian Pertahanan dengan nilai tanah RM4.75 bilion yang diragui.

Projek Terowong ini dianugerahkan pada tahun 2013 dan nilai tanah untuk ditukar juga dipersetujui pada tahun itu juga.

Setelah 6 tahun, kita mendapati sebarang pembinaan untuk projek ini masih belum bermula lagi dan jelas telah lewat.

Adakah nilai tanah ini di tepi pantai di kawasan paling bernilai di Pulau Pinang iaitu di Gurney Drive tidak pernah meningkat sejak dipersetujui 6 tahun dahulu?

[ARTIKEL BERKAITAN TEROWONG- Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng ]

Kes Terowong SPRM dah tutup ke? senyap je...

Tan Sri Rafidah Aziz juga disaran untuk menekan Jawatankuasa ini dan Menteri Kewangan untuk menyiasat jika berlakunya kerugian atau ketirisan hasil kerajaan dalam projek Terowong ini.

Jika mahu petik nama Allah lagi atau tidak kali ini, terpulanglah kepada Tan Sri Rafidah.

[Artkel asal dari jawapan Dato' Seri Najib dalam facebok rasminya].

 

 

21 Comments