Pasukan pembelaan Musa mahu kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
14:02 Feb 20, 2019  |  By SabahKini2
Pasukan pembelaan Musa mahu kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pembelaan menfailkan permohonan itu hari ini.

KUALA LUMPUR, 20 Feb - Pasukan pembelaan mewakili bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang didakwa atas 35 pertuduhan rasuah berjumlah USD63.3 juta (RM263 juta) melibatkan kontrak konsesi balak di Sabah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pembelaan menfailkan permohonan itu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata pihaknya masih belum memutuskan sama ada untuk membantah atau sebaliknya permohonan itu dan memerlukan masa untuk mengkaji permohonan berkenaan. 

Mohamed Zaini menetapkan 5 Mac untuk pengurusan kes dan meminta pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah pada hari itu sekiranya pihak pendakwaan berniat untuk membantah atau sebaliknya terhadap permohonan pembelaan itu.- BERNAMA

Comment