Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap!
08:02 Feb 23, 2019  |  By SabahKini2
Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap!

Datuk Peter Hii menafi salah guna kuasa namun dalam masa sama lesen Sports Toto beliau diluluskan semula ketika beliau sebagai Presiden MPS. Alasannya Timbalan Presiden yang tandatangan. Seksyen 23 SPRM jelas Peter salah guna kuasa.

SANDAKAN- Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Peter Hii Chang Lik bersedia untuk disiasat atas dakwaan salah guna kuasa semasa menjalankan tugasnya, seperti didakwa Pemuda UMNO Libaran. 

Laporan Pemuda UMO Sabah berasaskan apa yang dilaporkan media berasas. SPRM dan pihak berkuasa lain wajar menyiasatnya

Ketika menafikan dakwaan itu Hii berkata pengadu mempunyai agenda politik dengan niat untuk melemahkan pemerintahan kerajaan hari ini.

“Saya bersedia untuk disiasat pada bila-bila masa kerana setiap tuduhan berkenaan adalah fitnah, tidak berasas dan cubaan menjatuhkan nama saya sebagai presiden MPS.

“Tuduhan yang tidak berlandaskan bukti itu juga mencemarkan imej MPS sebagai pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hii berkata beliau telah meneliti laporan polis itu.

Beliau menegaskan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak mengamalkan amalan rasuah selaku presiden MPS.

Beliau turut memberitahu akan berbincang dengan peguamnya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pengadu itu.

Semalam, Pemuda UMNO Libaran membuat laporan polis di sini agar Hii disiasat atas dakwaan salah guna kuasa sebagai presiden MPS.

Portal Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan salah laku Datuk Peter Hii Chang Lik yang memiliki lesen nombor ramalan Sport Toto yang jelas diluluskan oleh beliau sendiri selaku Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?]

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

Sebelum ini Datuk Peter Hii Chang Lik menyelar pihak yang mempertikaikan pemilikan lesen perniagaan yang diusahakan atas namanya. Beliau berkata, kelulusan lesen perniagaan itu diberikan oleh Presiden MPS terdahulu, Datuk James Wong pada 2018.

Kemudian lesen itu diperbaharui bagi tahun ini dan ditandatangani oleh Timbalan Presiden MPS Mohd Hamsan Awang Supain.

Oleh itu, beliau tidak melihat kelulusan lesen perniagaan atas namanya itu menjadi satu kesalahan dan harus dijadikan satu isu.

Datuk Peter sendiri mengaku lesen itu dikendalikan oleh syarikat proksinya. Alasan Peter perniagaan Sports Toto itu tidak boleh dipindah milik kepada orang lain. 

”Sejak dilantik menjadi Presiden MPS, perniagaan milik saya, Sports Toto itu dikendalikan oleh sebuah syarikat.

”Butir-butir yang tertera pada lesen perniagaan itu diluluskan hampir 30 tahun lalu. Perniagaan itu diusahakan sejak tahun 1988 sehingga kini.

“Perniagaan itu tidak boleh dipindah milik. Ianya terikat dengan syarat yang dikeluarkan sejak perniagaan itu diluluskan pada 1988,” jelasnya.

Netizen mempersoalkan bagai mana Datuk Peter tidak mahu meletak jawatan atau menggugurkan hak milik lesen nombor ramalan itu kepada pihak lain sedangkan beliau menerima jawatan Presiden MPS itu.

"Alasan Peter ialah diluluskan Timbalan Presiden MPS Mohd Hamsan Awang Supain sedangkan beliau telah dilantik menjadi Presiden MP sejak Ogos tahun lalu. Bagaimana Presiden tidak mempunyai kuasa atau arahan kepada Timbalan Presiden MPS. Walau apapun alasannya kepentingan tetap wujud". kata sumber itu.

Datuk Peter Hii sudah jelas dilantik Ogos 2018.....dan Sekarang Datuk Peter masih Presiden MPS. Bagaimana beliau boleh memberi alasan Timbalan Presiden MPS tandatangan maka dia tak ada kaitan? 

Timbalan Presiden tandatangan kelulusan 2019..tentulah timbalan tak akan berani
tak beri kelulusan sebab lesen ini milik Presiden MPS. 


Memandangkan Datuk Peter Hii Chang Lik mengaku  salahguna kuasa maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu lama lagi. 

Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam jelas bersalahan dengan Seksyen 23 Akta SPRM 2009] . Sudah Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan dalam membuat keputusan atau mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan dengan apa-apa perkara mengenainya, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

Bukankah Datuk Peter Hii Chang Lik masih dalam jawatannya Presiden MPS memberi lesen kepada syarikatnya sendiri atau proksi keluarganya?. Jadi SPRM tak perlu tunggu lagi. Bukti sudah didepan mata.

 

 

 

 

 

3 Comments