Menteri PH 'U-Turn' KKM tidak akan teruskan cadangan terbit REIT
01:02 Feb 24, 2019  |  By SabahKini2
Menteri PH 'U-Turn' KKM tidak akan teruskan cadangan terbit REIT

PH U-Turn. Nampaknya kritikan Najib mengenai REIT membuahkan hasil apabila Menteri PH sendiri menolak tidak mahu menggunakan cara itu menggadai banguna tanah dan hospital kerajaan.

LANGKAWI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan meneruskan cadangan mewujudkan amanah pelaburan hartanah (REIT) bagi mendapatkan dana tambahan untuk kementerian tersebut, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata keputusan itu diambil setelah melakukan beberapa kajian, pembentangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinet serta perbincangan bersama Kementerian Kewangan.

"Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan membentangkan kepada kabinet, kemudian diminta oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya KKM mengkaji semula. Setelah mengkaji kita mendapati dari sudut kos pinjaman itu ada instrumen lain yang lebih baik.

"Saya membuat rumusan dalam mesyuarat pasca kabinet di peringkat kementerian, tidak akan gunakan REIT dalam usaha menerbitkan atau menjana dana untuk kegiatan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan fasiliti KKM.

"Saya juga sudah ada beberapa usaha dan option yang lain untuk diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Islam Sihat Walafiat di Masjid Al Hana, di sini malam ini.

Sebelum ini kerajaan PH mengumumkan usaha untuk melaksanaka REIT menjual 30 peratus lapangan terbang, hospital dan bangunan kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Guan Eng, PH jual 30 peratus lapangan terbang,hospital dan bangunan kerajaan ]

Guan Eng, PH jual 30 peratus lapangan terbang,hospital dan bangunan  kerajaan

Comment