(VIDEO)Tiada kemasukan RM90j dana 1MDB ke dalam akaun PAS kata KP SPRM
19:02 Feb 24, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO)Tiada kemasukan RM90j dana 1MDB ke dalam akaun PAS kata KP SPRM

Dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PAS. Hari ini Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan sendiri tiada wang 1MDB masuk ke akaun PAS.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, hari ini.

"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut.

1 Comment