Malaysia alami deflasi untuk kali pertama sejak krisis ekonomi dunia 2009
05:02 Feb 25, 2019  |  By SabahKini2
Malaysia alami deflasi untuk kali pertama sejak krisis ekonomi dunia 2009

Bank pusat mengekalkan kadar bunga pada tingkat 3.25% sejak menaikkannya pada bulan Januari 2018. Para penggubal dasar menjangkakan inflasi purata akan meningkat lebih tinggi tahun ini.

Ekonomi Malaysia menjadi semakin buruk dan mengalami deflasi pada bulan Januari lepas buat kali yang pertama semenjak krisis kewangan yang melanda ekonomi dunia pada tahun 2009.

Indeks Harga Pengguna (IHP) merosot 0.7% berbanding IHP setahun yang lalu selepas sempat berlegar di bawah 1% sepanjang tujuh bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Walaupun hasil tinjauan Bloomberg (yang melibatkan pandangan 21 ahli ekonomi terkemuka) menganggarkan sebaliknya iaitu penguncupan setakat 0.4%.

 


Pemangkin Utama

Perubahan yang dibuat oleh kerajaan dalam model subsidi minyak yang menetapkan harga setiap minggu agar selari dengan ketidak tentuan harga pasaran minyak global. Tindakan itu membawa kepada penurunan kos pengangkutan sebanyak 7.8% pada Januari berbanding tahun lalu. Kejatuhan terbesar yang dialami di antara kesemua kategori.

Walaupun tekanan pada harga pasaran kini telah semakin reda, namun kerajaan bimbang rakyat biasa tidak dapat merasainya. Menteri Kewangan Lim Guan Eng sedang mencari jalan untuk melihat bagaimana deflasi dapat mengurangkan kos sara hidup.

Bank pusat mengekalkan kadar bunga pada tingkat 3.25% sejak menaikkannya pada bulan Januari 2018. Para penggubal dasar menjangkakan inflasi purata akan meningkat lebih tinggi tahun ini.

Kali terakhir Malaysia dilanda deflasi adalah pada bulan Jun hingga November 2009. Ekonomi menguncup sebanyak 1.5% tahun itu.


Info Tambahan

Kos makanan dan minuman tanpa alkohol naik 1% pada bulan Januari, didorong oleh kenaikan harga telur 8.4% dan ayam 5.3%. Malaysia memulakan siasatan ke atas aktiviti kartel yang berpotensi dalam industri sejak Disember lepas.

Kuala Lumpur adalah satu-satunya wilayah yang menyaksikan kenaikan IHP pada bulan Januari, dengan mencatat inflasi pada kadar 0.2%.

sumber- Bloomberg

Comment