Gara-gara tidak setuju Bersatu masuk Sabah, Kenny Chua maki Tun M 'Fuck U lah'. Dia kata Tun M bodohkan rakyat Sabah. Apakah caci maki ini arahan Anwar atau Shafie Apdal?
Kenny Chua dicop sebagai 'Budak Anwar' di Sabah. Tidak mustahil kecaman Kenny adalah arah Anwar yang sekarang tidak selesa dengan Tun M
KOTA KINABALU-- Desakan bekas seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Boo Cheng Hau supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan dianggap sebahagian dari strategi menekan dan memalukan Dr Mahathir Perdana Menteri. Sebelum ini pemimpin DAP seperti Ronnie Lie mengecam Dr Mahathir mengutip pemimpin 'sampah' UMNO ke dalam Bersatu.
Terbaru Kenny Chua, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Adun PKR Inanam orang kanan Anwar Ibrahim di Sabah mengecam dan mengutuk Dr Mahathir dengan kata-kata kesat di facebook yang mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
"Sabahan bukan bodoh macam dulu!Kau kasi bodoh kami Tun M!? I got 2 words for u Fuck U!". katanya dalam komen facebook
"Ya! kasi tau Tun. Get Lost lah. Gila kuasa!Pengkhianat! Fuck u!".
Warganet melihat sekalipun pembantu menteri kewangan dari PKR itu tidak bersetuju dan membantah kemasukan Bersatu ke Sabah namun sebagai pemimpin negeri kata-kata kesat demikian kepada YAB Perdana Menteri tidak wajar dibuat kepada Perdana Menteri.
"Kenny Chua selaku pembantu menteri wajar meminta maaf, kata-kata kesat kepada Perdana Menteri langsung tidak mencerminkan sikap pemimpin PH.Apatah lagi beliau adalah pembantu menteri kepada Dato' Seri Shafie Apdal Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah". Kata seorang pengguna facebook bernama Rahmat.
Terdapat desas-desus tindakan Kenny Chua didorong oleh arahan bosnya Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menyerang Tun Dr Mahathir begitu juga sentimen beliau bekerja di bawah Dato' Seri Shafie Apdal Presiden Warisan yang kini tidak berpuas hati dengan Tun Dr Mahathir.