Jambatan kayu runtuh dibaiki selepas rombongan menteri jatuh ke laut
12:02 Feb 26, 2019  |  By SabahKini2
Jambatan kayu runtuh dibaiki selepas rombongan menteri jatuh ke laut

Difahamkan sekumpulan VIP dan pegawai sedang melawat kampung air, beserta rombongan ketika melalui jambatan itu telah runtuh dan menyebabkan rombongan itu terjatuh ke laut.

KOTA KINABALU, 26 Feb – Sebuah laluan kayu yang menghubungkan kampung air di Kampung Bahagia di Sandakan digantikan dan dibaiki dalam tempoh tiga hari selepas seorang menteri dan rombongannya jatuh ke laut .

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew berkata pembaikan itu dilakukan sejurus selepas seorang menteri dan beberapa pegawai kerajaan jatuh ke dalam air pada Sabtu lalu semasa lawatan di kawasan Batu Sapi.

"Jambatan itu menjadi penghubung utama penduduk kampung di Kampung Bahagia, laluan di tengah runtuh menyebabkan kerosakan kira-kira 10 meter.

"Difahamkan sekumpulan VIP dan pegawai sedang melawat kampung air, beserta rombongan ketika melalui jambatan itu telah runtuh dan menyebabkan rombongan itu terjatuh ke laut. 

"Bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku semasa kejadian," kata kenyataan pejabat VK Liew.

VK Liew mengarahkan pembaikan segera terhadap jambatan itu.

Insiden seumpama itu bukanlah baru dan sering kali berlaku di kawasan itu.  

2 Comments