(VIDEO) Anwar sahkan Shafie Apdal menyokong usaha menjatuhkan Dr Mahathir
20:02 Feb 27, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Anwar sahkan Shafie Apdal menyokong usaha menjatuhkan Dr Mahathir

Mengapa Bersatu masuk ke Sabah terjawab apabila Anwar mengesahkan telah mendapat sokongan Shafie Apdal dan Warisan. Dr Mahathir yang mempunyai sumber maklumat pasti telah menghidu lebih awal pemimpin yang mengkhianatinya.

KUALA LUMPUR  – Tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial hari ini, rakaman suara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menerusi rakaman suara yang berdurasi 1 minit itu, Anwar memaklumkan sudah berunding dengan Dato’ Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan bahawa beliau akan menyokongnya.

“Saya bercakap dengan Shafie baru-baru ini dia beritahu saya apa yang Tun buat di Sabah memberi kelebihan kepada kita, Shafie confirm, confirm solid dengan kita”. katanya.

Sementara itu portal Malaysia-today.net melaporkan rakaman audio itu sebagai Anwar Ibrahim Kantoi: Langkah Menjatuhkan Mahathir Sudah Bermula. 

Sebelum ini PAS mendakwa terdapat usaha undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir yang mahu menyegerakan usaha Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tidak menghairankan jika Dr Mahathir telah menghidu kegiatan Shafie Apdal lebih awal dan membuat keputusan Bersatu masuk ke Sabah bagi mengurangkan kekuatan Shafie dan Warisan di Sabah.

25 Comments