PERLUKAH ABANG JOHARI BERLAGAK HERO? SEPATUTNYA HORMATI USAHA ADENAN DAN KABINET!
19:11 Nov 19, 2017  |  By SabahKini2
PERLUKAH ABANG JOHARI BERLAGAK HERO? SEPATUTNYA HORMATI USAHA ADENAN DAN KABINET!

Hormati usaha Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa (Devolution of Power Committee) yang ditubuhkan kabinet Pengerusi bersama Nancy dan Anifah serta sokongan Allahyarham Tan Sri Adenan sebelum ini

Dalam satu kenyataan baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri itu telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan pemberian kuasa autonomi yang lebih berdasarkan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tambahnya lagi, memandangkan Jawatankuasa ini akan diketuai oleh ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, maka pihak Kerajaan Persekutuan pula sepatutnya dikepalai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, kenyataan dan tindakan itu dilihat sungguh tidak relevan kerana agak begitu ketinggalan serta terkebelakang dari segi implementasi.

Kerana pada hakikatnya, Perdana Menteri telah pun terlebih dahulu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa (Devolution of Power Committee) yang terletak di bawah Kabinet Persekutuan. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama-sama oleh dua orang menteri kanan persekutuan iaitu Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Hj Aman (dari Sabah) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (dari Sarawak).

Antara Jawatankuasa sebelum ini

Penubuhan jawatankuasa ini sebenarnya bertitik tolak daripada kesungguhan dan kerja keras yang diperlihatkan oleh Yang Berhormat Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Hj Aman dalam merealisasikan perkara tersebut selain dokongan kuat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang lalu.

Abang Johari hanya menyambung legasi bukan idea baru dan janganlah beliau kelihatan seperti memperkecilkan usaha YAB Perdana Menteri dan arwah Tan Sri Adenan selain memperkecilkan kebolehan serta peranan Nancy dan Anifah Aman sebagai Pengerusi Bersama kepada Jawatankuasa yang dimaksudkan.

Abang Johari tidak seharusnya berlagak hero dan tidak hormat, kerana Allahyarham TS Adenan Satem, Mantan Ketua Menteri Sarawak sendiri menaruh harapan yang tinggi terhadap jawatankuasa yang diketuai oleh Nancy dan Anifah ini.

Nancy sebelum ini pernah bercakap kepada MStar, bahawasanya Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa itu bertanggungjawab untuk mengenal pasti isu kegagalan pematuhan dalam konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia 1963, Perlembagaan Persekutuan dan laporan bertulis, serta dokumen-dokumen lain seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold, dan seterusnya akan menyediakan syor serta penyelesaian untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

Kesungguhan Adenan dalam memperjuangkan perkara ini untuk seluruh rakyat Sarawak bukanlah cakap semata-mata kerana pada 21 Jan 2016, beliau mengumumkan 13 perkara mengenai penurunan kuasa kepada kerajaan negeri, yang dipersetujui pada pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Nancy berkata 13 perkara itu sedang dipenuhi Putrajaya.

Beliau berkata perdana menteri dan kerajaan persekutuan juga mengakui tentang kepentingan peristiwa bersejarah yang mempunyai kesan terhadap negara itu setelah termeterainya Perjanjian Malaysia 1963.

Ia membawa kepada pelantikan Nancy dan Anifah oleh Kabinet persekutuan untuk meneruskan fasa kedua penurunan kuasa berkaitan hak kedua-dua negeri berlandaskan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963, bersama-sama Jabatan Peguam Negara.

Disebabkan duduk perkara yang sudah jelas nyata sebegini, maka benarlah bahawasanya pengumuman serta tindakan Abang Johari itu tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai tidak relevan dan tak masuk akal.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Devolution of Authority kepada Sabah dan Sarawak Bil/2017 julai lalu misalnya dianggotai oleh YB Tan Sri Joseph Kurup Menteri JPM, YB Dato Sri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar) dan YB Dato' Sri Fadillah (Menteri Kerja Raya) yang berasal daripada Sarawak termasuk Peguam Negara Tan Sri Dato' Sri Mohamed Apandi Ali.



Apa lagi Abang Johari mahu Kerajaan Persekutuan buktikan? Berapa kali YAB PM datang ke Sarawak menunaikan janji-janjinya termasuk isu Perjanjian 63 Malaysia 1963 itu. 

Malah di Sabah ketika berucap merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) yang Ke-32 pada 18hb November yang lepas Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa pentadbirannya tidak akan mengulangi langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak pernah membincangkan tentang hak rakyat Sabah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Katanya lagi, sekiranya ada hak rakyat Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diambil di peringkat Persekutuan, hak itu akan diserahkan kembali seperti sebelum­nya.

"Saya kata bahawa saya tidak berniat ambil hak rakyat Sabah dan kalau kita terambil kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita, bukan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja, kita berkongsi sentimen yang sama.

“Apa yang saya mahu kita berlaku adil, bagi saya sedikit masa untuk mengkaji kerana jika saya berjumpa tiga orang peguam, ketiga-tiganya memberi tafsiran berbeza untuk MA63,” sambung beliau lagi

Sabah dan Sarawak pasti mendapat manfaat dari usaha PM serta jawatankuasa kabinet itu

Berilah peluang kepada YAB Dato' Seri Najib. Najib bukan Mahathir. Abang Jo sendiri sudah melihat usaha Najib untuk Sabah dan Sarawak. Abang Jo sendiri mendapat banyak manfaat ketika pentadbiran YAB PM Najib. 

Jadi berhentilah melalak untuk dianggap hero. Abang Jo tetap Ketua Menteri Sarawak yang berkuasa. Sentimen kenegerian yang keterlaluan hanya memburukkan keharmonian rakyat di negara ini. 

Comment