Cipta rekod : Datuk Osman Jamal lompat parti lagi
03:03 Mar 04, 2019  |  By SabahKini2
Cipta rekod : Datuk Osman Jamal lompat parti lagi

Kurang setahun Osman Jamal Adun Balung melompat parti lagi mencipta rekod baru politik Sabah. Apakah jika beliau tidak dapat jawatan di Warisan akan melompat lagi ke Bersatu? sama-sama lihat

TAWAU: Selepas bermain teka-teki akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Osman Jamal mengesahkan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini baru disertainya.

“Saya Kota Kinabalu berjumpa dengan pemimpin parti baharu,” katanya dalam satu sidang media sempena Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Tawau di sini.

Osman Jamal dilihat sering memberi spekulasi kedudukannya.

Ini adalah kali kedua Presiden Persatuan Bugis Sabah yang juga bekas Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah itu menukar parti.

Osman bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) mewakili BN dan menggantikan Datuk Syed Abas Syed Ali yang telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.

Beliau adalah antara Adun BN yang mengambil keputusan untuk menyebelahi Shafie kurang 24 jam selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei tahun lalu.

Osman kemudian menyertai PKR pada Julai namun kedudukannya di PKR samar apabila Christina Liew Pengerusi MPN PKR bersama Ketua-ketua cabang menolak Osman Jamal.

Lompatan Osman Jamal ke Warisan disambut gembira memandangkan Parti Pribumi Bersatu telah membuka cawangannya di Sabah. Sedikit sebanyak ia menguatkan kedudukan bilangan kerusi Warisan di Sabah.

Bagaimanapun warganet menjangkakan Osman mungkin akan melompat lagi ke Bersatu jika beliau tidak mempunyai jawatan di Warisan.

Warganet melihat ‘lompatan’ Osman Jamal merupakan rekod paling cepat di Sabah setakat ini. Rakyat Dun Balung dilihat berbelah bahagi dengan trend politik Osman Jamal yang berubah namun belum menunjukkan khidmat terbaik di Dun Balung.

21 Comments