Anifah Aman adakan pertemuan dengan Perdana Menteri
04:03 Mar 05, 2019  |  By SabahKini2
Anifah Aman adakan pertemuan dengan Perdana Menteri

Mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tiada halangan Bersatu masuk ke Sabah

KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATUK SERI PANGLIMA ANIFAH HAJI AMAN AHLI PARLIMEN P.176 KIMANIS

1. Saya telah mengadakan pertemuan dan kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines pada Jumaat, 1 Mac 2019.

2. Intipati utama dalam perbincangan saya dengan YAB Perdana Menteri ialah berkenaan dengan Perjanjian Malaysia 1963 termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

3. Secara konsisten saya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya melaksanakan apa yang telah dijanjikan termasuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum .

4. Saya turut menyatakan kepada YAB Perdana Menteri bahawa saya tiada halangan sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ingin melebarkan sayapnya ke negeri Sabah kerana ianya selari dengan norma demokrasi.

5. Saya akan tetap menyokong YAB Perdana Menteri dan Kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ditunaikan.

6. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah menerima baik segala usul yang saya utarakan kepada beliau.


YB Datuk Seri Panglima Anifah Haji Aman
Ahli Parlimen P.176 Kimanis

5 Mac 2019

6 Comments