PH ambil alih, nilai Khazanah jatuh RM25b rugi RM6.3b Azmin kata lupakan!
04:03 Mar 06, 2019  |  By SabahKini2
PH ambil alih, nilai Khazanah jatuh RM25b rugi RM6.3b Azmin kata lupakan!

Sebagaimana arahan DAP. Aset negara jual dan terus dijual. Selepas 10 bulan PH memerintah pertama kali Khazanah rugi. Aset susut RM25b. Azmin kata lupakan....

Nilai aset bersih Khazanah Nasional turun RM25 bilion (21.6%) kepada RM91 bilion pada akhir tahun 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya.

Manakala Khazanah merekodkan kerugian RM6.3 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM2.896 bilion tahun sebelumnya di bawah BN.

Dalam tempoh sepuluh tahun Najib menjadi PM dan pengerusi syarikat itu, Khazanah tidak pernah rugi.

2009 - Untung RM 791 juta
2010 - Untung RM 2.1 bilion
2011 - Untung RM 5.3 bilion
2012 - Untung RM 2.1 bilion
2013 - Untung RM 3.1 bilion
2014 - Untung RM 3.2 bilion
2015 - Untung RM 1.2 bilion
2016 - Untung RM 1.6 bilion
2017 - Untung RM 2.9 bilion

2018- Rugi RM 6.3 bilion

Dalam tempoh sepuluh tahun ini, nilai aset bersih (net asset value) Khazanah telah naik RM82.3 bilion (244%) dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM116 bilion pada akhir 2017.

Setelah PH ambil alih, nilai Khazanah terus jatuh RM25 bilion menjadi RM91 bilion.

Kejatuhan RM25 bilion bukan satu angka yang kecil. Boleh bayar hampir semua hutang 1MDB atau hampir setengah dari kos ECRL RM55b bilion.

Tak apalah, RM91 bilion yang tinggal di Khazanah itu masih banyak. Banyak lagi aset negara boleh jual. Jual lagi semasa harga murah.

Sebelum ini khazanah menjual aset-aset strategik negara seperti IHH, MI Axiata dan lain-lain lagi sejajar dengan hasrat Kerajaan PH yang digerakkan Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha politiknya Tony Pua oktober tahun lalu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Tony Pua: Khazanah, PNB akan kaji semula dan cairkan aset tak strategik

"..Kementerian Kewangan belum menetapkan sebarang sasaran bagi pelaksanaan itu, namun Khazanah dan PNB akan memaklumkan kementerian itu setelah apabila kedua-duanya sudah bersedia."

Begitu juga aset-aset Tabung Haji yang dijual dengan selian Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng. Banyak lagi bakal menanti. Aset Bumiputera akan dijual habis laris tahun ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Guan Eng, PH jual 30 peratus lapangan terbang,hospital dan bangunan kerajaan ]

Terbaru Bloomberg melaporkan Khazanah Nasional Bhd sedang mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia). Taman tema  bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta) dirasmikan DYMM Sultan Johor dan Najib pada tahun 2012. Legoland dikendalikan Merlin Entertainments Plc.

Ia adalah taman bertemakan Lego yang pertama di Asia dengan kawasan seluas lebih 50 padang bola sepak dengan lebih daripada 15,000 model Lego yang diperbuat daripada lebih 60 juta kepingan Lego.

Pengarah Urusannya Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata belum memutuskannya namun bersedia demi pelaburan baru khazanah.

“Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,” jelas beliau.



Legoland mencapai kejayaan yang hebat dengan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) serta keuntungan yang positif.

“Akan ada masa Khazanah perlu juga memikirkan soal pelaburan semula. Kami boleh lakukan pelaburan dalam sektor baharu melalui pelupusan pegangan," tambah beliau.

Sementara itu Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi selepas nilai aset bersih Khazanah jatuh RM25 bilion pada tahun lepas menyeru Rakyat Malaysia untuk lupakan isu ini sahaja. Azmin berkata jangan menuding jari dan "move on" 

 

Comment