Pengerusi Felcra sahkan amalan ‘tengking’ pekerja ladang sawit perkara lumrah
03:03 Mar 07, 2019  |  By SabahKini2
Pengerusi Felcra sahkan amalan ‘tengking’ pekerja ladang sawit  perkara lumrah

Dalam satu majlis Nageeb Pengerusi Felcra menjelaskan isu 'tengking'

Benarkah Tengking amalan biasa kepada Pekerja ladang? Bagaimanapun Nageeb mengambil jalan tengah. Mesyuarat lembaga Felcra akan memutuskan kedudukan Khairi Makmor hari ini secara dalaman

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felcra, Mohd Nageeb Abdul Wahab hari ini mempertahankan tindakan Ketua Pegawai Operasinya (COO), Khairi Mahamor menengking pekerja ladang sawit dengan menyifatkannya lumrah dalam industri perladangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Video Pegawai Kanan Felcra maki hamun pekerja tular dan dikecam ]

“Kalau anda biasa kerja di ladang, ini (tengking) normal. Mungkin cara dia tidak sesuai dengan penerimaan (masyarakat) sekarang, tetapi kita tidak mengatakan bahawa kita betul.

“Pada saya, perkara ini tidak serius. Mungkin dia terlalu ghairah untuk membuat perubahan sehingga terlepas. Tidak ada perkataan lucah dikeluarkan, kami akan menyelesaikannya,” katanya dalam sidang media di Wisma Felcra semalam.

Dalam satu klip video selama 1.03 minit yang berlatar belakangkan ladang sawit, Khairi dilihat memegang sebatang kayu sambil  meninggikan suaranya.

“Kamu semua nak ambil jalan mudah, semua nak ikut orang. Orang cakap apa, ikut saja, tak pernah nak lawan. Terangkan, bukan duduk ‘office’,” katanya dalam nada tinggi.

Video Pegawai Kanan Felcra maki hamun pekerja tular dan dikecam

Sumber mengesahkan arahan Pengerus Felcra untuk menjawab isu itu dalam media sosial dengan menjelaskan di Twitter Felcra, kononnya kejadian itu berlaku ketika sesi latihan di ladang sempena siri kembara di Felcra Berhad Projek Kampung Serambi di Pekan, Pahang, 2 Mac lalu.

Adalah lumrah kakitangan Felcra dan pekerja ladang untuk mempertahakan agensi atau ‘bosnya’. Tempat cari makan tiada siapa mahu dibuang kerja dan dikenakan tindakan tatatertib.

Seorang kakitangan wanita dalam video yang ditengking oleh COO Felcra Khairi Makmur menjelaskan ‘tengking’ sudah menjadi perkara lumrah bagi pekerja industri perladangan.

"Sebenarnya, masa lawatan, dia jumpa buah muda lebih daripada buah yang masak. Itu menjadi salah satu isu dalam keadaan sekarang, apabila buah muda lebih banyak daripada yang masak, itu merupakan kerugian.

"Itu saja sebenarnya. Bagi orang ladang, cara pengajaran (seperti itu), itu lah yang sepatutnya, bagi orang luar yang tak faham akan cakap macam-macam, berdasarkan (kerana) mereka tak ada di situ, dan cara COO cakap tu.

"Bagi kami, seperti (termasuk saya) perempuan, tak ada masalah pun," kata wanita itu dalam klip video berdurasi 81 saat.

Nageeb berkata, pihaknya akan membawa isu itu ke mesyuarat lembaga pengarah esok.

“Tindakan selanjutnya akan dipertimbangkan dan keputusan juga akan dibuat secara dalaman.”

Nageeb sebelum ini kecoh di Felcra kerana melantik ahli lembaga pengarah Felcra yang bermasalah dan terbaru kerana salah laku pelantikan audit Felcra Nageeb dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung salahguna kuasa itu

[ARTIKEL BERKAITAN- Lantik firma audit luar secara ‘Rundingan Terus’ Pengerusi Felcra dipanggil SPRM ]

Sementara itu bekas pengerusi Felcra, Bung Moktar Radin menyifatkan tindakan pegawai tertinggi agensi itu menengking kakitangan dan pekerja ladang sawit sebagai tidak profesional dan menunjukkan kelemahan serta kebodohan dirinya.

“Semua faham masa ini harga sawit jatuh teruk dan industri sawit bukan lagi sesuatu yang dapat mendatangkan pulangan yang baik.

“Jangan jadikan ini alasan untuk membentak kakitangan dan pekerja di ladang sesuka hati,” katanya

 

 

1 Comment