Rara Adun DAP diceraikan talak satu kerana curang lelaki lain?
11:03 Mar 07, 2019  |  By SabahKini2
Rara Adun DAP  diceraikan talak satu kerana curang lelaki lain?

Desas-desus keretakan rumah tangga Rara Adun Ketari DAP sudah dikesan sejak tahun lalu. Bagaimanapun kini meletus.

Perkahwinan Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Ketari Young Shefura Othman dan Muhamad Masyhur Abdullah berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Muhammad Masyhur ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata:

"Saya Muhammad Masyhur Abdullah dengan ini menceraikan isteri saya, Young Shefura Othman dengan talak satu.”

Lafaz itu dibuat jam 11.40 pagi tadi.

Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.

Sebelum ini Muhammad Masyhur memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Sebelum bermulanya prosiding itu, Muhammad Masyhur turut meminta pemberita memberikan ruang kepada dia dan Young Shefura.

“Sila bagi sedikit privacy kepada kami”.

Kedua-dua mereka hadir ditemani Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil.

Young Shefura dan Muhammad Masyhur berkahwin pada 25 September 2016.

Perceraian Young Shefura dan Muhammad Masyhur dikaitkan dengan orang ketiga. Sejak sebelum berkahwin Rara dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain. 

5 Comments