Jika Warisan berkuasa saya pertahankan kesucian agama Kristian di negeri Sabah-Shafie Apdal
14:11 Nov 20, 2017  |  By SabahKini2
Jika Warisan berkuasa saya pertahankan kesucian agama Kristian di negeri Sabah-Shafie Apdal

"Saya juga adalah Menteri persekutuan yang menyokong penggunaan perkataan “Allah” untuk agama Kristian di Malaysia, walaupun ia kemudiannya diputuskan hanya digunakan di Sabah dan Sarawak"

SHAFIE APDAL menggelar pemimpin Kristian Barisan Nasional (BN) sebagai "orang munafik kristian" kerana mereka pemimpin Sabah yang gagal melindungi agama kristian.

Presiden Parti Warisan Sabah menamakan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Joseph Kurup, presiden Parti Bersatu Sabah Joseph Pairin Kitingan, Pertubuhan Persatuan Pasokmomogun Kadazan (Upko), Wilfred Madius Tangau dan presiden Upko Bernard Dompok sebagai pemimpin yang menggambarkan diri mereka sebagai pahlawan Kristian atas kulit sahaja. 

 

Shafie berkata mereka tidak menolak kerjasama Umno dengan PAS, yang mengajar versi Islam yang melampau dan keras. 

“Kenapa Kurup, Dompok dan Pairin tidak mengatakan apa-apa kepada Umno. Di Parlimen dan dalam majlis tertinggi BN, mereka tidak mengatakan apa-apa, tetapi di Sabah mereka mengatakan sesuatu untuk memperlihatkan mereka memperjuangkan agama. 

"mereka ini semua munafik kristian.

 “saya tidak keberatan mengorbankan nyawa saya. 

"Jika Warisan dan saya berkuasa, saya akan mempertahankan kesucian agama Kristian di negeri Sabah"

"Saya juga adalah Menteri persekutuan yang menyokong penggunaan perkataan “Allah” untuk agama Kristian di Malaysia, walaupun ia kemudiannya diputuskan hanya digunakan di Sabah dan Sarawak". 

 “Inilah yang patut kita hormati,” katanya. 

10 Comments