Anwar hanya isytihar harta RM10.7 juta mana yang lain?
00:03 Mar 08, 2019  |  By SabahKini2
Anwar hanya isytihar harta RM10.7 juta mana yang lain?

Dengan banyak kekayaan Anwar. Anwar hanya memuktamadkan jumlah harta yang boleh diisytihar bernilai RM10,748,658.83. Kalau Tun M boleh dedah RM32 juta tak mungkin Anwar RM10.7 juta

KUALA LUMPUR - Jumlah harta milik Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bernilai RM10. 7 juta.

Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad berkata, Anwar telah menghantar perisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti diminta kerajaan kepada semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH.

Katanya, perisytiharan ini termasuk anggaran nilai semasa rumah milik Anwar di Bukit Segambut sebanyak RM9.5 juta yang asalnya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005.

"Turut diisytiharkan sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000. Nilai anggaran tanah tersebut pada ketika ini ialah RM420,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, harta selebihnya adalah dari akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM 828,658.83.

"Dengan ini dimuktamadkan bahawa jumlah harta milik Anwar bernilai RM10,748,658.83," katanya.

Mengikut senarai perisytiharan, yang boleh dilihat di https://mydeclaration.sprm.gov.my/, anggota Parlimen Segamat, Edmund R Santhara Kumar merupakan wakil rakyat terkaya dengan memiliki aset bernilai RM132,115,000.

Ia diikuti oleh anggota Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dengan RM77,011,990.00.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut mengisytiharkan hartanya memiliki aset bernilai RM32,357,900.00. Jika Dr Mahathir boleh RM32.3 tak mungkin Anwar kurang dari itu.

 

6 Comments