(VIDEO) Dengar cara Ketua Menteri Sarawak pertahan MA63 dan cukai petroleum dari Guan Eng
16:03 Mar 08, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Dengar cara Ketua Menteri Sarawak pertahan MA63 dan cukai petroleum dari Guan Eng

Autonomi imigresen, tanah, sempadan Sarawak dan hasil bumi Sarawak adalah hak Sarawak. Semua ini tidak boleh dirunding oleh kerajaan pusat.

 

Apakah beza Ketua Menteri Sabah dengan Sarawak cara mempertahankan hak-hak dalam MA63, royalti dan juga cukai jualan produk Petroleum. Dengarkan. Katanya Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan cukai juala produk petroleum yang akan menaikkan kos operasi. 

" Jika pusat mengenakan cukai 38 peratus Sarawak hanya mengenakan 5 peratus. Bukan kami perlu kurangkan cukai tetapi pusat kerana jika ditolak 5 peratus pun masih ada 33 peratus. Ini hak Sarawak 5 peratus tetapi kita pertahankan". katanya.

Datuk Amar Abg Hj. Abd. Rahman Zohari b. Tun Abg Hj. Openg berkata demikian dalam satu program di Sarawak mendedahkan hasil perbincangan dalam Jawatankuasa MA63 di Pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Sarawak bertegas ada perkara boleh dirunding dan ada perkara tidak boleh dirunding.

"Autonomi migresen, tanah, sempadan Sarawak dan hasil bumi Sarawak adalah hak Sarawak. Semua ini tidak boleh dirunding oleh kerajaan pusat."

16 Comments