Part 1: Zaiton Hasan dan Tabung Haji dari transaksi merugikan kepada balas dendam
04:03 Mar 09, 2019  |  By SabahKini2
Part 1: Zaiton Hasan dan Tabung Haji dari transaksi merugikan kepada balas dendam

Datuk Zaiton Hasan melalui syarikat berkepentingan Capital Intelligence Advisors Sdn Bhd terbit Sukuk merugikan GLC. Tidak pernah disiasat BNM. Kini beliau di TH dan Bank Pembangunan teruskan dendam..

BAHAGIAN 1

Pendedahan yang dibuat Sabahkini2 berkenaan dengan peranan Datuk Zaiton Hasan yang telah mengatur penerbitan bon sukuk untuk bekas rakan kerja di Malayan Banking yang berakhir dengan kerugian kepada Lembaga Tabung Haji merisaukan dan menggugatkannya tetapi dia masih boleh selamat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal ]

Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal

 

 

Pegawai seperti ini DAP mahukan. Sesuai digunakan untuk melingkupkan syarikat bumiputera

Malah bukan sahaja salah seorang ahli Lembaga Pengarah Bank Islam, BIMB Holding dan kini Lembaga Tabung Haji ini terlepas dari sebarang siasatan atas kesalahan percanggahan kepentingan (conflict of interest), Zaiton yang dilindungi oleh Governor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos dari sebarang siasatan dan dakwa dakwi, tetapi dia dilantik menjadi Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia.

[Link https://www.theedgemarkets.com/article/zaiton-mohd-hassan-bank-pembangunans-new-chairman]

Kerisauan dalam hatinya ternyata apabila kenyataan pertama yang dibuat sebagai Pengerusi ialah mahu menggeladah Bank tersebut untuk menghukum sebarang transaksi pinjaman yang dibuat kepada orang politik. Jika pinjaman dilakukan secara profesional ia tidak sepatut menjadi isu samada peminjam orang politik atau tidak. Pinjaman yang bersalahan memang patut disiasat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bank Pembangunan akan ‘dibersihkan’, kata pengerusi baru ]

Nampak sangat kenyataan itu adalah usaha membodek Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan Harapan untuk memberinya nyawa dari sebarang dakwa dakwi. Kononnya Zaiton yang dahulunya dalah sebahagian dari perlantikan kerajaan BN kini sudah memberi kesetiaan kepada PH.

Ekoran serangan yang dihadapi oleh pengurusan Tabung Haji di bawah budak suruhan dan anak lindungnya di Bank Islam yang kini CEO baru Tabung Haji, Datok Zukri Samat, Zaiton sedar bahawa perancangan bersama mereka terhadap Tabung Haji untuk membalas dendam lama kini berhadapan masaalah besar yang masih belum diketahui orang ramai.

Zaiton dan Zukri- Kombinasi melingkupkan TH atau bakal menguntungkan TH.

Dendam terhadap Tabung Haji

Suatu ketika Tabung Haji sebagai pemegang saham utama Bank Islam dan BIMB Holding menuntut Zaiton dihentikan sebab setelah lebih 7 tahun, dia sudah hilang kelayakkan sebagai Pengarah Bebas (Independent Director).

Beliau enggan berhenti secara sukarela malah melobi kepada jaringan wanita di BNM untuk memberi tekanan kepada Tabung Haji untuk tidak memberhentikannya. Akhirnya dia berjaya kekal tetapi ia tidak terhenti disitu, kerana dia berjaya mempengaruhi Governor BNM ketika itu, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk tidak meluluskan beberapa wakil Tabung Haji dari menjadi ahli Lembaga Pengarah. Tambah lagi, beliau juga mempengaruhi BNM untuk menolak cadangan CEO baru Bank Islam yang mewakili Tabung Haji.

Hubungan Zaiton dengan BNM memang sangat baik kerana beliau banyak bekerjasama dengan BNM ketika menjadi perintis yang menubuhkan MARC, rating agency kedua Malaysia. Zaiton mula membina hubungan dengan BNM ketika bekas boss beliau di Malayan Banking Berhad, Tan Sri Ahmad Don menjadi Governor pada tahun-tahun 1994 ke 1998.

Zaiton masih menyimpan dendam terhadap Tabung Haji. Pada masa yang sama, beliau telah mengenal pasti Zukri Samat sebagai rakan yang boleh bekerjasama untuk tujuan ini. Sebelum menjadi CEO Bank Islam, Zukri merupakan Managing Director Danaharta yang mana bekas CEO Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail adalah pegawai bawahan beliau. Beliau yang berperwatakan yang angkuh, sombong dan pantang dipersoalkan pandangannya di pejabat tidak puashati kena menjawab kepada Ismee yang mewakili pemegang saham utama.

Disyaki rancangan membalas dendam itu ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli pada tahun 2016 yang mana dia menuduh Tabung Haji memberi dividen atau hibah melebihi kemampuan dan aset sebenar adalah dibawah kedudukan liabiliti yang menyalahi seksen 22(3)a Akta Tabung Haji 1995 yang tidak membenarkan hibah diberi jika keadaan sedemikian.

Pendedahan Rafizi dibuat dengan mendedahkan sebahagian dari surat yang dikeluarkan oleh Zeti Aziz kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mnguruskan hal Ehwal ugama, Dato Seri Dr jamil Khir dan Pengerusi Tabung Haji ketika itu, Datok Seri Azeeez Raheem.

Ini merupakan isu-isu yang kini diguna terhadap Tabung Haji untuk pengurusan baru menggunakan Menteri sekarang, Dr Mujahid Yusof Rawa untuk menuduh pengurusan lama telah memberi hibah yang haram dan menipu akaun.

Ekoran dari itu, pengurusan baru Tabung Haji yang mana Zaiton adalah ahli Lembaga Pengarah baru yang aktif dan berperanan bersama Zukri adalah CEO baru menggunakan alasan untuk menyelamatkan Tabung Haji untuk terus dapat mengekalkan subsidi Haji dan memberi hibah pada penabung untuk menstruktur semula.

Dendam mereka tercapai dengan membuat pelbagai tuduhan palsu, laporan polis dan menggantung perkhidmatan ahli-ahli pengurusan lama dari CEO ke pengurus-pengurus kanan yang sedang berhadapan dengan siasatan.

Tuduhan-tuduhan tersebut ternyata palsu kerana tiada wang yang telah dicuri dari Yayasan Tabung haji malah telah disedekahkan pada anak-anak yatim, penjualan syarikat perladangan di Riau, Indonesia telah dibayar dengan sepenuh dan tuduhan terbaru berkaitan hibah haram satu rekaan sahaja.   

Bersekongkol dengan DAP menjahanamkan Tabung Haji

Untuk dapat membalas dendam, mereka telah bersekongkol dengan kepimpinan Kementerian Kewangan dibawah pemimpin DAP, Lim Guan Eng untuk memindah alihkan RM19.9 billion aset Tabung Haji kepada syarikat tujuan khas atau SPV di bawah kawalan Kementerian.

Guan Eng memang mengalu-alukan cadangan sedemikian kerana penasihat utamanya, Tony Pua pernah membuat kenyataan pada awal bulan Oktober 2018 bahawa kerajaan akan mencairkan aset-aset GLC seperti PNB dan Khazanah.

Pucuk dicinta, ulam mendatang. Kesediaan pengurusan baru Tabung Haji untuk memindahkan aset membolehkan kerajaan mencairkan aset institusi Islam. Sememangnya tersimpan di dalam lubuk sanubari pemimpin DAP untuk melemahkan institusi Islam tetapi khuatiri tindak balas politik terhadap DAP dan PH.

Pemikiran sekular dan sosialis DAP mahukan kesamarataan kaum dan menentang sebarang usaha mengusaha menginstitusi kedudukan ugama Islam sebagaia ugama persekutuan. Sering mereka merendahkan martabat Islam kepada hanya ugama rasmi atau ugama istiadat rasmi.    

 

Urusan menstruktur SPV telah diserahkan kepada Prokhas, sebuah agensi Kementeriaan Kewangan yang telah mengambilalih aset Danaharta yang tidak dapat dicairkan dan merupakan konsultan untuk kerajaan dalam hal-hal penstrukturan korporat.

Kononnya, baik Danaharta mahu pun Prokhas, sepatutnya memulihkan aset-aset yang kerugian tetapi hakikatnya, dari RM1 aset Danaharta hanya berjaya dapat kembali 30 sen dan peranan mereka hanya sebagai pelelong harta atau liquidator.

Benarkah TRX tidak menguntungkan? Lim Guan Eng sendiri berkata menguntugkan..jadi mengapa TH jual aset ini kepada SPV?

Bersambung..

2 Comments