PTPTN cadang semula peminjam dihalang ke luar negara
08:03 Mar 17, 2019  |  By SabahKini2
PTPTN cadang semula peminjam dihalang ke luar negara

Hampir setahun Wan Saiful menjadi Pengerusi PTPTN begitu banyak U-turn dari PH mengenai PTPTN. Dari nak hapus, tangguh RM4000, potong gaji RM2000 hinggalah cadangan 'Senarai hitamkan'. Anak muda kena 'kencing'.

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merancang untuk melaksanakan semula larangan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata PTPTN kini sedang mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan berhubung isu tunggakan pinjaman dan mekanisme pembayaran balik.

Pihak berkepentingan itu, katanya, termasuklah pegawai kerajaan, kumpulan ibu bapa, pelajar, NGO dan ahli politik. Maklum balas tersebut akan dimasukkan ke dalam satu dokumen yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

“Senarai hitam perjalanan ke luar negara sebahagian daripada cadangan PTPTN. Bagaimanapun ia hanyalah salah satu daripada banyak idea tetapi ada yang berfikir ia sepatutnya dihapuskan,” katanya

Beliau berkata, PTPTN juga bercadang berkongsi dapatannya dengan orang awam sebelum ia dibentangkan kepada kementerian untuk dibuat keputusan.

Dilaporkan sebelum ini, jumlah pinjaman PTPTN yang gagal dibayar balik adalah sebanyak RM36 bilion.

Walaubagaimanapun PTPTN katanya masih mampu memberi pinjaman.

Wan Saiful Wan Jan 5 November tahun lalu meletakkan jawatan sebagai penasihat khas kepada Menteri Pendidikan kerana perselisihan faham dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik namun mengekalkan jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

10 bulan sudah berlalu nampaknya Pengerusi PTPTN masih gagal mencari mekanisme sesuai.  Malah Wan Saiful mengaku penangguhan pendapatan RM4000 bakal menyebabkan PTPTN ditutup.

Cadangan memandai Pengerusi ditolak

5 Disember 2018 sekali lagi Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mencetuskan kontroversi perbincangan tanpa kelulusan menteri dengan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019.

Potongan tersebut akan melibatkan antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam. Seorang peminjam dengan gaji bulanannya RM2,000 perlu membayar RM40 sebulan manakala mereka yang memperoleh RM8,000 perlu mengeluarkan RM1,200.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya berpendapat bahawa ia tidak adil dan tidak masuk akal.

Kecaman rakyat itu menyebabkan  Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menangguhkan serta merta sistem bayaran balik pinjaman fleksibel (ICLR) PTPTN. Kes ini mengesahkan betapa Dr Mazlee dan Wan Saiful tidak sebulu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Sebelum ini Pakatan Harapan pernah berjanji mahu menghapuskan PTPTN malah janji 100 hari manifesto PH mengenai peminjam PTPTN RM4,000 sebulan juga gagal dilaksanakan. Kini sesiapa juga ada hutang PTPTN diwajibkan bayar.

Lebih lucu Exco Armada PPBM berkata dalam satu bual bicara PH tak pernah mahu memansuhkan PTPTN.

Malah Syed Saddiq yang dulu berjanji dengan pelbagai janji manis mengenai PTPTN menyarankan agar peminjam yang mampu membayar PTPTN tidak perlu menunggu pendapatan RM4000.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata peminjam yang kurang tanggungan dan berkemampuan menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal, sepatutnya menjelaskan dahulu komitmen pinjaman.

"Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.

 

2 Comments