Rempuhan Jet Vincent Tan Berjaya Group sebabkan kematian Ruzaimi Iskandar Staff MAHB
22:03 Mar 20, 2019  |  By SabahKini2
Rempuhan Jet Vincent Tan Berjaya Group sebabkan kematian Ruzaimi Iskandar Staff MAHB

Rempuhan Jet Bombadier Challenger 300 (9M-TST) milik Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group staff MAHB cedera parah dan meninggal dunia. Sehingga kini Vincent Tan dan syarikatnya tidak membuat apa-apa kenyataan media berhubung insiden itu.

SUBANG: 18 Mac lalu media melaporkan seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) parah selepas kereta unit kejuruteraan MAHB dipandunya dirempuh sebuah jet Bombadier Challenger 300 (9M-TST) milik Tan Sri Vincent Tan Berjaya Air Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS).

Jet Peribadi jenis Bombadier Challenger 300 (9M-TST) milik Tan Sri Vincent Tan Berjaya Air Sdn Bhd

Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, pesawat terbabit dipercayai hilang kawalan ketika mahu mendarat sebelum merempuh bahagian hadapan cermin dan bumbung kereta itu.

Tidak dilaporkan siapakah VVIP yang menggunakan pesawat khas itu adakah Tan Sri Vincent dan keluarganya atau para pemimpin kerajaan yang suka menggunakan khidmat Tan Sri Vincent. Setakat ini penumpanng VVIP itu dirahsiakan.

 Rempuhan teruk menyebabkan kematian

Sumber-sumber mendedahkan terdapat pemimpin PKR di dalam jet itu.

MAHB dalam satu kenyataan memaklumkan, pemandu kereta itu menjalani proses pembedahan di sebuah hospital berdekatan.

Bagaimanapun dimaklumkan staff MAHB Mohd Ruzaimi Iskandar Razali dilaporkan telah meninggal dunia petang semalam

Belasungkawa- Mohd Ruzaimi Iskandar Razali

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin memaklumkan mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang, ketika menjalani rawatan intensif di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

“Mangsa meninggalkan isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.

“Kami akan menghulurkan segala jenis bantuan yang diperlukan oleh keluarganya termasuk urusan pengebumian.

“Menjadi keutamaan kami untuk memastikan kebajikan keluarga Allahyarham terjaga,” kata beliau menerusi satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang menimpa Ruzaimi itu demi menghormati perasaan keluarganya.

“Ruzaimi adalah kakitangan yang berdedikasi dan amat komited dengan tugasnya. Ini satu kehilangan yang tragik kepada MAHB.

“Beliau dikenali di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang kakitangan yang berbakat dan beretika,” katanya.

“Penumpang dan anak kapal terbabit pula dilaporkan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, MAHB menubuhkan pasukan penyiasatan dengan kerjasama Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi merungkai punca kejadian itu.

“Kementerian Pengangkutan juga sudah mengaktifkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) untuk menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan isu berbangkit,” katanya.

Apakah pemilik pesawat khas peribadi ini akan dakwa? Atau mungkin dibebaskan walaupun telah menyebabkan kematian. Tan Sri Vincent Tan taikun Berjaya Group itu wajar menanggung semua kos membantu keluarga Mohd Ruzaimi Iskandar.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pejabat Tan Sri Vincent Tan pemilik Berjaya Air Sdn Bhd berhubung insiden meragut nyawa itu. Mereka sepatutnya menanggung kos serta membayar pampasan terhadap keluarga Allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar.

Dalam insiden tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dan kecederaan Adib anggota bomba  Tan Sri Vincent Tan menunjukkan kepada dunia bahawa beliau menyumbang RM50,000 tetapi dalam kes melibatkan jet miliknya kenapa pula beliau berdiam diri?

 

9 Comments